Tuesday, September 10, 2024

Creating liberating content

China Hantar Bekalan Ubat...

SHANGHAI – Sebuah syarikat farmaseu­tikal China yang mempunyai hubungan dengan tentera menghantar sejenis...

80 Sekolah Tamil Akan...

SEREMBAN - Daripada 160 buah sekolah di seluruh negara yang mengalami masalah kekurangan...

Azwan Ali Tak Mahu...

NAMPAKNYA kali ini pengacara sensasi, Azwan Ali dilihat enggan memberikan sebarang komen mengenai...

PRN Johor: SPR Digesa...

KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa melaksanakan langkah-langkah penting yang dapat...

Sultan Nazrin Shah, Tuanku Zara Ziarahi Makam Tok Temong

KUALA KANGSAR – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berangkat menziarahi makam Tok Temong di Kati di sini, hari ini bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Pasangan diraja itu tiba di lokasi makam pertama pada kira-kira 9 pagi tadi.

Majlis tahlil dan bacaan doa selamat serta kenduri arwah diadakan dengan dipimpin Orang Kaya Imam Paduka Tuan Dr Muhammad Aifi Al-Akiti.

Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri kemudian menyiramkan air mawar serta menaburkan bunga ke atas makam berkenaan.

Tok Temong, atau nama asalnya Tok Perabu, adalah seorang pembesar wanita yang berkuasa memerintah Temong di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I (1528-1549) dan dipercayai berkuasa sebelum pemerintahan sultan berkenaan.


Sementara suaminya ialah Tok Pelanduk dan abangnya Tun Saban adalah pembesar yang berkuasa memerintah Hulu Perak.

Menurut Hikayat Perak, semasa pertabalan Sultan Muzaffar Shah I di Tanah Abang, Tok Temong menghadiahkan ‘Geliga Embun’ kepada sultan dan ia kini menjadi antara alat kebesaran diraja Perak.

Menurut hikayat itu lagi, tarikh sebenar kematian Tok Temong tidak diketahui tetapi dipercayai meninggal dunia dan dimakamkan di Temong.

Sehingga kini makam beliau menjadi antara makam yang perlu diziarah oleh Sultan Perak yang baharu ditabal. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori