• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah, Tuanku Zara Ziarah Tujuh Makam

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PARIT – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim hari ini berangkat menziarah tujuh makam Sultan terdahulu di sini bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Perak XXXV.

Dalam keadaan cuaca mendung dan hujan agak lebat, pasangan diraja yang memakai baju Melayu dan kurung hijau lumut itu tiba di Kampung Air Mati, Lambor Kanan yang menempatkan makam Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II, iaitu Sultan Perak ke-10, pada kira-kira 9.30 pagi.

Majlis tahlil dan bacaan doa selamat diadakan dengan dipimpin oleh Imam Masjid Daerah Seri Iskandar Badrul Husaini Baharudin.

Baginda berdua kemudian menyiram air mawar serta menabur bunga ke atas makam berkenaan.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Mengikut sejarah Perak, Sultan Mudzaffar Shah II diangkat menjadi Sultan Perak ke-10 selepas kemangkatan Sultan Sallehuddin di Kampar pada tahun 1636.

Sultan Mudzaffar Shah II bersemayam di Air Mati, Padang Changkat, Lambor Kanan serta memerintah selama 17 tahun dan selepas mangkat pada 1653, makam baginda digelar ‘Marhum Jalilullah’.

Pasangan diraja itu kemudian menziarah makam Sultan Mudzaffar Shah I, yang merupakan Sultan Perak pertama, di Kampung Telok Bakong serta makam Sultan Mahmud Shah (Sultan ke-8) dan makam Sultan Muhammad Shah iaitu Sultan ke-14 di Kampung Melayu Pulau Tiga.

Sultan Nazrin Shah dan Tuanku Zara turut berangkat menziarah makam-makam Sultan Mahmud Iskandar Shah (Sultan ke-11), Sultan Alaudin Mughayat (Riayat) Shah (Sultan ke-12) dan Sultan Ahmad Tajuddin Shah (Sultan ke-3).

Kesemua makam itu terletak di Kampung Jawa, Mukim Pulau Tiga.

Baginda berdua menyiram air mawar serta menabur bunga ke atas makam-makam berkenaan selepas majlis tahlil dan bacaan doa selamat. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd