• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Ibrahim Titah Rang Undang-Undang LPHJ Dikaji Semula

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan agar rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dikaji semula dan dipinda supaya selaras dengan enakmen lain yang berkuat kuasa di negeri itu.

Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah baginda tidak bersetuju dengan rang undang-undang LPHJ yang diluluskan pada persidangan yang lalu.

“Ini kerana ia telah dipinda mengikut desakan orang luar, yang cetek akal yang tidak faham mengenai kuasa raja di dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan penggal persidangan ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim, di sini, Khamis.

Baginda bertitah sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, maka ia tidak selaras dengan beberapa enakmen yang telah diguna pakai sebelum ini tanpa ada masalah, seperti Enakmen Perbadanan Johor 1968.

Pada 9 Jun tahun lepas, DUN meluluskan Enakmen LPHJ, yang bertujuan untuk menjadi panduan pembangunan sektor perumahan dan hartanah di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Rang Undang-UndangSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

Sultan Johor Dipilih Agong Ke-17, Sultan Nazrin Timbalan

27/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari...

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

Sultan Johor Berkenan Sempurna Perasmian, Penamaan Pangkalan TLDM Johor Bahru

27/09/2023
0

JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penamaan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd