• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhu Panas Berterusan Di India 1,400 Maut

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Suhu panas yang melanda sebahagian besar negeri Andhra Pradesh, Telangana dan Odisha di utara India mungkin berterusan beberapa hari lagi, dengan jumlah penduduk yang maut akibat gelombang haba kini mencapai 1,400 orang.

Jabatan Meteorologi India (IMD) meramalkan suhu mungkin menurun sedikit hujung minggu ini dan hanya beberapa tempat di negeri Odisha kekal sebagai ‘zon merah’, manakala gelombang haba dahsyat dijangka berterusan beberapa hari lagi.

“Negeri-negeri ini akan menyaksikan penurunan suhu lebih kurang dua darjah Celsius mulai Khamis, walaupun musim monsun akan bermula seperti biasa,” kata buletin amaran cuaca All India yang dikeluarkan IMD.

Sementara itu, menurut para pegawai di sini, lima kematian akibat strok haba dilaporkan semalam.

Telangana dan Andhra Pradesh mencatat 1,345 daripada jumlah kematian, termasuk 1,020 di Andhara Pradesh.

Pakar cuaca dan perubatan mengaitkan jumlah besar kematian di Andhra Pradesh dan Telangana dengan peningkatan suhu secara mendadak.

Suhu di kebanyakan tempat di Andhra Pradesh dan Telangana berlegar sekitar 39 darjah Celsius sejak awal Mei sebelum meningkat tiga hingga empat darjah dan menyebabkan jumlah kematian meningkat secara drastik sejak 21 Mei.

Akhbar harian tempatan, The Hindu, melaporkan hampir 20,000 orang maut akibat gelombang haba di India sejak 1990.

Sebahagian besar kematian berkaitan haba dicatat di lima negeri iaitu Andhra Pradesh, Punjab, Uttar Pradesh, Odisha dan Bihar.

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada mereka yang berusia 45-59 tahun, dengan lebih 80 peratus daripada mereka adalah lelaki. – BERNAMA

Tags: panas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangguh Kenaikan SST Sehingga Ekonomi Pulih

Cuaca Dijangka Panas, Kering Sepanjang Ramadan

08/03/2024
0

KUALA NERUS - Taburan hujan yang berkurangan diramal menyebabkan keadaan cuaca menjadi lebih kering dan panas sepanjang Ramadan ekoran fenomena...

Bumi Semakin Panas Jejas 1.1 Bilion Orang

17/07/2018
0

OSLO, Norway – Lebih satu bilion orang berdepan risiko kekurangan alat penyaman udara dan peti sejuk untuk menyejukkan badan mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd