• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suhaimi Sabudin Ikrar Terus Berkhidmat Kepada Masyarakat

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERMATANG PAUH – Calon Barisan Nasional (BN) Suhaimi Sabudin berikrar untuk terus berkhidmat kepada masyarakat walaupun tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Beliau menerima keputusan itu dengan berlapang dada dan melihatnya sebagai keputusan keseluruhan seluruh pengundi di kawasan parlimen itu.

“Medan PRK ini adalah pengalaman berharga dalam karier politik saya. Saya amat berterima kasih kepada pengundi-pengundi yang telah menyokong saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 8,841 undi apabila memperoleh 30,316 undi untuk mengalahkan Suhaimi, yang mendapat 21,475 undi.

Dua lagi calon iaitu Salleh Isahak (Bebas) mendapat 367 undi dan Azman Shah Othman daripada Parti Rakyat Malaysia memperoleh 101 undi. Undi rosak ialah 843 undi.

Sementara itu, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata PRK kali ini menyaksikan kerjasama yang terbaik dalam kalangan parti komponen.

“Semua parti komponen BN iaitu UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk (PPP) bersatu padu dan menunjukkan usaha yang bersungguh-sungguh.

“Namun, ini adalah keputusan peti undi dan kita akan buat ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti apa kekurangan yang boleh diperbaiki,” katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata keputusan PRK itu adalah mesej yang diberi pengundi untuk terus bekerja keras pada masa depan.

“Ini akan dijadikan pedoman untuk perjuangan kita. Kita ada calon yang baik, orang muda, anak tempatan, tiada masalah.

“Kita juga mempunyai jentera yang lengkap berusaha sepenuh daya dan tenaga, tetapi apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Permatang Pauh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Kit Siang Sokong Wan Azizah Jadi Ketua Pembangkang

11/05/2015
0

KETUA parti DAP Lim Kit Siang menerusi laman blognya hari ini menzahirkan sokongannya terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan...

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

08/05/2015
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai 'wake-up call' atau kejutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd