• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stadium Sultan Mizan Akan Dibaiki Segera – MB

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu akan membaiki segera kerosakan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) selepas perlawanan bola sepak Piala FA antara Terengganu dengan Lions XII Sabtu lalu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerosakan yang berlaku ke atas cermin pintu masuk stadium dan kerusi tempat penonton yang dianggarkan bernilai RM150,000 itu, tidak termasuk kerosakan ambulan dan kenderaan lain di luar stadium.

“Setelah siasatan selesai dijalankan, kita mahu stadium itu dibaiki segera.

“Stadium itu sebenarnya masih dalam proses dinaikitaraf setelah ia tidak digunakan kira-kira tujuh tahun lalu akibat bumbungnya runtuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan persediaan dan bantuan pembelian komputer pelajar universiti awam (UA) oleh Yayasan Terengganu, yang turut dihadiri Pengarahnya Mohamad Sulong.

Mengenai penahanan 26 remaja oleh pasukan keselamatan pada malam kejadian, Ahmad Razif berharap perkara itu dapat diselesaikan segera.

Katanya ini kerana beliau bimbang jika ada remaja yang tidak terlibat dengan kejadian keganasan itu turut ditahan.

“Tetapi kalau memang benar mereka terlibat dan mengetuai keganasan, merosakan kenderaan awam dan sebagainya, maka kita tidak berkompromi dalam hal ini,” katanya.

Stadium SMZA yang pertama kali digunakan itu sejak bumbungnya runtuh pada 2008 mengalami sedikit kerosakan akibat keganasan penonton yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil semasa perlawanan separuh akhir bola sepak Piala FA tempoh hari.

Sementara itu, Mohamad Sulong berkata pada tahun ini seramai 22,000 pelajar yang mengambil ijazah, diploma serta matrikulasi akan menerima bantuan persediaan melibatkan peruntukan antara RM15 juta dan RM20 juta.

Katanya pada hari ini seramai 153 pelajar dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir menerima bantuan persediaan masuk universiti dan membeli komputer, melibatkan peruntukan kira-kira RM100,000. – BERNAMA

Tags: Piala FAStadium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengasas Telegram Ditahan: Elon Musk Sindir Undang-undang Eropah

‘Hari Ini Bukan Hari Untuk Kita Pulang Ke Rumah Dengan Kepala Kita Ke Bawah’

25/08/2024
0

KUALA LUMPUR: Kata-kata semangat Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi 'azimat' yang membawa...

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

Remaja Meninggal Dunia Di Stadium, Tidak Sempat Tonton KDA FC Lawan JDT

20/07/2024
0

ALOR SETAR: Remaja lelaki berusia 18 tahun rebah sebelum meninggal dunia sebelum menyaksikan perlawanan bola sepak antara pasukan Kedah Darul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd