• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Beku Akaun Menteri Muda Sarawak RM4 Juta

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membekukan beberapa akaun bank bernilai RM4 juta milik seorang Menteri Muda Sarawak bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah dalam kenyataan yang dikeluarkan SPRM Sarawak hari ini, berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya mendapat aduan mengenai penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan sebuah bangunan milik kerajaan negeri.

“SPRM menerima satu aduan berhubung dakwaan berlakunya perbuatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan kontrak pembinaan bangunan 16 tingkat Baitul Makmur II bernilai RM250 juta.

“Bagi menyiasat dakwaan ini, keterangan seorang anggota pentadbiran yang merupakan Menteri Muda Sarawak telah diambil,” menurut kenyataan itu.

Mohamad Jamidan berkata selain Menteri Muda berkenaan, turut diambil kenyataan ialah seorang ahli perniagaan berusia 50-an yang merupakan pengarah syarikat yang terlibat dalam projek pembinaan bangunan milik kerajaan negeri itu.

Selain mereka berdua, beliau berkata beberapa pihak lain juga akan dipanggil bagi memberi keterangan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Mohamad Jamidan berkata 30 lagi akaun syarikat dan individu termasuk seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) telah dibekukan pada hari kedua operasi bersepadu ‘Ops Gergaji’, hari ini.

Beliau berkata sebuah lagi lokasi pembalakan di Bakun diserbu hari ini dan 10 individu dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung rasuah, aktiviti pembalakan dan penebangan hutan secara haram serta perbuatan mengelak cukai kepada kerajaan.

“Mereka yang diambil keterangan ini terdiri daripada pemilik kilang papan dan penyelia kilang. 30 akaun yang dibekukan ini menjadikan jumlah akaun dibekukan setakat hari ini ialah RM600 juta.

“Selain membekukan akaun, SPRM turut menyita hampir 600 batang kayu balak di kawasan Bakun hari ini, menjadikan keseluruhan hampir 1,200 batang kayu balak disita sejak semalam,” katanya.

Mohamad Jamidan berkata siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001

Ops Gergaji dilancarkan semalam yang menyaksikan SPRM membekukan 375 akaun syarikat serta individu bernilai lebih RM560 juta, di samping menyita lebih 500 batang kayu balak selepas menyerbu 27 kilang papan dan kolam balak serta 21 premis perniagaan di negeri ini. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd