• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Akan Pertimbang, Pinda Atau Batal Perintah Akaun Dibekukan

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bersetuju untuk mempertimbang, meminda atau membatalkan perintah pembekuan akaun individu dan syarikat disyaki terlibat dalam pembalakan haram di Sarawak.

Ketua Menteri Tan Sri Dr Adenan Satem hari ini berkata beliau telah meminta suruhanjaya itu berbuat demikian atas alasan syarikat terbabit mempunyai ribuan pekerja yang perlu dibayar gaji.

Beliau berkata sesetengah syarikat dan individu berkenaan hanya mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan kesalahan yang didakwa itu.

“Kerana jika keadaan ini berpanjangan dan ribuan pekerja tidak dibayar gaji dan aktiviti syarikat tergendala, ia akan menjejaskan ekonomi tempatan.

“Mereka telah bersetuju untuk mempertimbangkannya dan jika perlu, jika ada justifikasi, mereka boleh membatalkan atau meminda perintah itu,” katanya pada sidang media di sini selepas mendengar taklimat disampaikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung perkembangan ‘Ops Gergaji’ untuk membanteras pembalakan haram di Sarawak.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata terdapat 519 akaun bank dibekukan ketika ini dan susulan operasi besar-besaran diadakan itu, SPRM memerlukan masa untuk menyiasat.

“Biasanya, dalam keadaan biasa kami hanya mengambil masa satu hingga dua bulan untuk memeriksa akaun, tetapi kami akan cuba menyegerakan siasatan.

“Dan jika syarikat-syarikat benar-benar tidak terlibat dalam pembalakan haram, kami akan pinda atau batal perintah itu secepat mungkin,” katanya.

Dalam pada itu, Adenan berkata individu dan syarikat terbabit boleh berjumpa dengan pegawai SPRM untuk perbincangan.

Setakat semalam, Ops Gergaji yang melibatkan 400 anggota dan pegawai empat agensi penguatkuasaan membekukan akaun 519 syarikat dan individu, melibatkan jumlah keseluruhan RM700 juta.

Serbuan serentak di 49 lokasi di Kuching, Sibu, Kapit, Bintulu, Bakun dan Miri diadakan dalam operasi itu. – BERNAMA

Tags: Adenan SatemSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd