• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Hoki Negara Mahu Kekal Rekod Tanpa Kalah Di Singapura

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan hoki lelaki dan wanita negara berazam mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang perlawanan Sukan SEA di Singapura bulan depan.

Biarpun kali ini skuad lelaki negara dibarisi pemain junior, namunjurulatih A.Arul Selvaraj yakin pasukan bimbingannya mampu mengulangi kejayaan sama yang pernah dilakar skuad senior dua tahun di Myanmar.

Pada Sukan SEA Myanmar, skuad lelaki dan wanita negara cemerlang dengan rekod tanpa kalah dalam semua peringkat perlawanan dan setersunya meraih pingat emas.

Pasukan wanita pula cemerlang apabila mencipta rekod dunia dengan jaringan terbanyak 36-0 menewaskan Kemboja.

“Cabaran saya kali ini ialah persediaan mental pasukan negara. Dari segi kemahiran dan teknikal permainan, pasukan kita jauh berbeza dari pasukan lain.

“Saya hormat kepada pasukan lawan tetapi skuad negara perlu melakukan tugas mereka dengan betul. Saya pasti pasukan kita tidak berdepan masalah,” katanya kepada pemberita di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Logan Raj Kali Kavandan turut mengumumkan senarai pemain bagi pasukan lelaki dan wanita ke Sukan SEA Singapura.

Beliau berkata pasukan berada dalam keadaan bersedia dari aspek mental dan kecergasan fizikal pemain juga dalam keadaan baik.

“Pasukan kita mempunyai kekuatan dalam semua posisi. Saya tidak memikirkan pasukan lain kecuali Singapura kerana mereka tuan rumah dan saya pasti sokongan rakyat Singapura tinggi. Jadi pasukan negara perlu kuatkan mental,” katanya.

Skuad lelaki negara akan memulakan kempen menentang Thailand pada 6 Jun sebelum bertemu Singapura pada 8 Jun dan Myanmar pada 10 Jun.

Sementara itu pengendali skuad wanita negara, Nasihin Nubli telah memanggil dua pemain baharu untuk menyertai skuad kebangsaan iaitu Noorain Mohd Arshad dan Wan Norfaeizah Md Saiuti.

Nasihin juga berkata beliau tidak dapat menggunakan pemain seperti Norazlin Sumantri dan Nadia Abdul Rahman.

“Sasaran kami ialah memenangi pingat emas dengan mudah di Singapura. Walaupun tiada Norazlin tetapi pasukan mempunyai Wan Norfaiezah dan Noorain yang yang mempunyai kemahiran yang bagus di bahagian serangan.

“Nadia pula tidak dapat turut serta kerana beliau sedang mengandung. Ketiadaan Nadia sedikit menjejaskan strategi permainan kerana beliau pakar di bahagian tengah dan Nadia juga merupakan ketua pasukan,” kata Nasihin.

Skuad hoki wanita akan memulakan perlawanan bertemu pasukan tuan rumah, pada 6 Jun sebelum menentang Thailand pada keesokan hari dan menamatkan saingan pusingan awal dengan bertemu Indonesia pada 9 Jun. – BERNAMA

Tags: hoki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Skuad Hoki Negara, Ada Ruang Perkemas Permainan 

08/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad hoki negara atas kejayaan melayakkan...

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd