Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Tol Percuma Musim Perayaan...

Putrajaya : Pemberian tol percuma terutama pada musim perayaan tidak mampu menyelesaikan masalah...

Tangguh Dulu Janji Manifesto...

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) membuat jenaka apabila memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif...

PVATM Bina Lebih 2,000...

KOTA BHARU - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) akan membina lebih 2,000...

Mayat Gemuk Sebabkan Pusat...

VIRGINIA (Amerika Syarikat) - Satu mayat seberat 362 kilogram menyebabkan sebuah pusat membakar...

Sidang Media Asia: Telefon Pintar Alat Penting Bagi Wartawan – Pakar

KUALA LUMPUR – Telefon pintar merupakan alat yang penting dan boleh membuatkan seseorang individu tanpa nama menjadi wartawan dengan melaporkan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan serta-merta, kata seorang pakar kewartawanan video.

Jurulatih Eurovision Akademi yang juga bekas wartawan video British Broadcasting Company (BBC) Mark Egan berkata persepsi masyarakat bahawa seorang wartawan penyiaran menggunakan telefon pintar untuk merakamkan bahan mereka dianggap tidak profesional adalah tidak benar.

“Sebenarnya wartawan di seluruh dunia hari ini menggunakan telefon pintar untuk menghasilkan bahan yang berkualiti tinggi dan profesional dan berita untuk disiarkan dalam organisasi mereka,” katanya kepada Bernama selepas menjalankan prasidang ‘Master Class: Shooting Video Content with Smart Phone or Tablet’ pada Sidang Kemuncak Media Asia (AMS) 2015 di sini, hari ini.

Beliau berkata telefon pintar merupakan alat yang berkuasa dan mempunyai banyak kelebihan berbanding kamera video profesional yang biasa terutamanya ketika merakam peristiwa yang berlaku di sekeliling seorang wartawan.

“Jika anda berada dalam keadaan yang berbahaya seperti rusuhan atau di mana-mana tempat bencana, dengan memiliki telefon pintar, ia boleh menjadi berguna supaya anda dengan mudah boleh melaporkan keadaan dan berkongsi dengan dunia,” katanya.

Beliau berkata peranti mudah alih juga boleh membantu untuk mengurangkan rasa tidak selesa orang yang ditemuduga kerana mereka hanya akan difilemkan dengan telefon pintar berbanding kamera video profesional yang besar.


“Jika anda menemuduga seseorang dengan kamera video yang besar, mereka mungkin berasa takut dan jawapan yang diberikan kepada anda mungkin tidak sebaik sebagaimana ketika berdepan telefon pintar,” katanya.

Mark berkata memiliki telefon pintar hari ini boleh diibaratkan umpama anda memiliki ‘Pisau tentera Swiss’ yang moden dalam kocek yang berupaya untuk menghasilkan bahan untuk disiarkan kepada dunia.

Malaysia menjadi tuan rumah AMS ke-12 yang bakal meyaksikan 500 pengamal media dari seluruh dunia berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai wartawan penyiaran bermula esok.

AMS 2015 bertemakan ‘Transformasi Penyiaran Dalam Era Media Sosial’ juga memberi peluang para peserta membincangkan interaksi mereka dengan media sosial, mengkaji sifat, pengaruh dan kesan ke atas operasi penyiaran serta perniagaan di seluruh dunia. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori