• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Segera Isu Air Selangor, Elak Gangguan Bekalan

oleh Ahmad Albab
06/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Isu-isu berkaitan dengan penstrukturan semula industri air di Selangor perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan gangguan bekalan air di negeri ini dengan rizab air berada di bawah paras lima peratus.

“Kita memerlukan Langat 2 sekarang dan bekalan air tambahan sebagai rizab sangat rendah,” kata Pengerusi Eksekutif Syabas dan Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail.

Langat 2 ialah projek bekalan air utama bagi Selangor dan Kuala Lumpur. Ia dijangka menyediakan kepada keperluan bekalan air negeri sehingga 2025.

Kelewatan untuk menyelesaikan isu-isu antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan akan menjejaskan rizab air di negeri ini serta membawa kesan ekonomi yang serius, kata Rozali.

“Ia akan menjejaskan pembangunan lain juga, termasuk Langat 2,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata projek Sistem Penambahan Luar Sungai Hibrid oleh kerajaan negeri Selangor hanya langkah jangka pendek bagi memastikan bekalan air mencukupi, manakala Langat 2 diperlukan untuk mengelakkan masalah kekurangan air dalam tempoh jangka panjang.

Beliau berkata kerajaan negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan masih berunding bagi memenuhi syarat-syarat tertentu di bawah perjanjian jual dan beli yang dimeterai antara kedua-dua pihak pada 11 November, 2014.

Tarikh memuktamadkan cadangan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syabas oleh kerajaan negeri telah ditangguhkan tiga kali.

Ia pada awalnya ditetapkan untuk dimuktamadkan pada 9 Februari, dan kemudiannya dilanjutkan kepada 9 Mac, dan kemudiannya kepada 9 April. Tarikh terbaharu ialah 11 Mei.

“Sekiranya kedua-dua pihak gagal menyelesaikan proses penstrukturan semula air pada 11 Mei, saya perlu membawa perkara ini kepada lembaga pengarah untuk lanjutan seterusnya,” kata Rozali.

“Sebagai pemilik Puncak Niaga dan Syabas, kami bersetuju dengan pengambilalihan aset air oleh kerajaan Selangor. Kami kini memerlukan seseorang untuk menguruskan syarikat tanpa sebarang syarat dan kelewatan lagi,” katanya.

PNHB bersetuju menjual unitnya, PNSB, dan 70 peratus milik Syabas kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan harga RM1.55 bilion pada 11 November, 2014.

Sementara itu, Rozali berkata penangguhan itu telah menghalang Puncak Niaga dan Syabas daripada melaksanakan projek untuk faedah pengguna dan industri air, seperti menaik taraf sistem air dengan menggantikan paip. – BERNAMA

https://youtu.be/oZB-DeHY9t4

Tags: air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd