• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Terhutang Budi Pada Sabah,” Kata Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD – “Saya terhutang budi pada Sabah,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya pernah berkata Sabah adalah ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN). Bagi saya, Sabah tetap simpanan tetap BN,” kata perdana menteri ketika melancarkan Projek Perumahan Rakyat Kota Belud di sini hari ini.

Beliau berkata Sabah mempunyai potensi besar dan BN mesti memastikan Sabah mendapat pembangunan yang seimbang sebagai menghargai jasa rakyat Sabah kepada BN.

Najib berkata sejak menjawat jawatan perdana menteri enam tahun lalu, beliau meluluskan banyak peruntukan dan projek besar di negeri ini kerana beliau benar-benar mahu melihat landskap Sabah terus berubah.

“Saya akan banyak datang melawat Sabah lagi khususnya di kawasan luar bandar. Rakyat di luar bandar cukup setia kepada UMNO dan BN. Sudah pasti kerajaan BN yang mereka (penduduk luar bandar) sokong ini akan terus bela mereka,” katanya.

Najib turut kagum dengan kebolehan pemimpin yang dipilih daripada kalangan masyarakat Sabah.

“Ada orang nak ‘cairkan’ ‘simpanan tetap’ BN. Tetapi kita ada banyak ‘panglima’ (pemimpin-pemimpin dari Sabah) yang berani, tetap pendirian dan tidak goyah,” katanya.

Beliau memuji, antaranya, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang mempunyai semangat luar biasa dalam membangkitkan kemahuan rakyat di negeri ini; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang berupaya berpidato secara intelek; dan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said, yang mempunyai pemikiran yang tajam dan berani menyuarakan pendapat.

Beliau turut melahirkan kekaguman terhadap Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd