• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Akan Tadbir Negara Sebaik Dan Seadil Mungkin

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTUBONG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan mentadbir negara dengan sebaik dan seadil mungkin agar Malaysia di bawah pimpinan beliau mencapai tahap kemajuan kejayaan yang diimpikan seperti mana tuntutan Islam.

Beliau berkata sebagai pemimpin yang dipilih rakyat pula, kerajaan di bawah pimpinan beliau akan menjalankan amanah yang diberi dan lebih daripada itu, menunaikan tanggungjawab terhadap Allah sebagai pemimpin.

“Kalau nak maju pada tahun 2020 pula, kita perlu rakyat dan umat Islam yang unggul, cemerlang dan hebat. Negara tidak akan menjadi maju hanya dari segi fizikal saja dengan hanya memiliki bangunan, jalan raya dan kemudahan asas tanpa mempunyai rakyat yang mempunyai kekuatan sepertimana dituntut Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong, dan seterusnya merasmikan masjid bernilai RM3 juta itu, hari ini.

Terdahulu Najib bersama kira-kira 1,000 orang jemaah hadir menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk ‘Etika dan Integriti Asas Jati Diri Pekerja’ yang disampaikan Penolong Imam Besar Negeri Sarawak Mohammad Ihsan Haidzir.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Anggota Parlimen Santubong Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas lanjut, Najib berharap khutbah Jumaat yang disampaikan khatib dijadikan panduan bagaimana untuk menjadi umat Islam yang unggul, cemerlang dan hebat.

“Sebahagian daripada gambaran tersebut telah pun dilakar oleh khatib dalam khutbah tadi. Umat Islam yang menjadi khalifah di muka bumi, baik dari segi akhlaknya kuat dari segi imannya, jalankan kerja-kerja seharian dengan penuh etika dan intregriti,” katanya.

Najib berkata ajaran Islam luas dan terbuka serta sesuai pada setiap zaman dan segalanya mestilah berpaksikan kepada pengukuhan perpaduan.

“Ini penting kepada umat Islam kerana tanpa kekuatan yang berteraskan kepada penyatuan dan perpaduan umat Islam kita akan hilang segala-galanya.

“Jadi mari kita sama-sama sebagai umat Islam membina tamadun yang berjaya dan tamadun yang berjaya terpancar daripada umat Islam yang memiliki jati diri, dan cinta kepada ilmu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd