• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salman Khan Bersalah Kes Langgar Lari, Tapi Bukan MyVi

oleh
08/05/2015
dalam Artis, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKINI: Salman Khan dijatuhi hukuman lima tahun penjara…

MUMBAI – Hakim sebuah mahkamah tempatan di India pada Rabu mendapati bintang popular Bollywood, Salman Khan sebagai bersalah kerana membunuh seorang lelaki pengemis jalanan kira-kira 13 tahun lalu.

Aktor dengan nama asalnya, Abdul Rashid Salim Salman Khan didapati terlibat dalam satu kemalangan langgar lari yang berlaku pada tahun 2002, dan lebih teruk dia ketika itu memandu pula dalam keadaan amat mabuk.

Hakim DW Deshpande menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas seniman berusia 49 tahun itu kerana melanggar gelandangan itu dengan kenderaan SUVnya di Mumbai dan terus melarikan diri dari tempat kejadian.

Salman Khan bagaimanapun menyalahkan pemandu peribadinya kerana nahas itu menyebabkan mangsa yang tidur di tepi jalan di luar kedai bakeri American Express di daerah Bandra maut digilis pada 28 September 2002.

Mahkamah sesyen Mumbai dimaklumkan, kejadian ngeri tersebut turut mengakibatkan tiga orang lagi rakan pengemis itu mengalami cedera parah dan pelakon Hindi berkenaan hanya berjaya didakwa pada 24 Julai 2013.

Berita itu mendapat liputan luas media tempatan kerana ‘kecekapan’ Salman Khan mengeksploitasi kelemahan sistem perundangan India membolehkan dia beberapa kali dilepaskan walaupun memang jelas dia bersalah.

Ribuan peminatnya termasuk artis-artis berkumpul di luar mahkamah bagi memberi sokongan moral dan berdoa ke atas Salman Khan yang telah membintangi lebih 80 filem sejak aktif dalam dunia seni pada 1988 lalu.

Seramai 64 orang saksi dipanggil pihak pendakwa raya selain puluhan bahan bukti termasuk kesan kemekan pada bahagian bampar hadapan kereta Toyota Land Cruiser berwarna putih sebagai impak pelanggaran teruk.

Kematian mangsa, Noor Ullah Khan, 38 tahun, dalam tragedi itu bagaimanapun tidak mendapat pembelaan sebaliknya media lebih memperbesarkan nasib filem Bollywood sepanjang lima tahun ketiadaan Salman Khan.

Apa yang pasti, mujur ketika kejadian itu, Salman Khan tidak pula memandu kereta jenis MyVi dan berlumba ‘haram’ dengan beberapa pemandu kenderaan yang sama sehingga mengorbankan nyawa insan tidak berdosa.

Ironi, menurut undang-undang jalan raya di India, pesalah kes trafik yang menyebabkan kematian terhadap pejalan kaki boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama 10 tahun sahaja. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: aktorbollywoodHindiJalan RayakemalanganmabukmyviSALMAN KHAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd