• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Perlu Guna Medium Baharu Dekati Pengguna

oleh Ahmad Albab
11/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu menggunakan platform atau medium baharu yang lebih mesra pengguna dalam era maklumat yang sentiasa boleh diakses melalui satu alat komunikasi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata langkah memperkenalkan RTM Mobile Apps wajar dipuji kerana beliau banyak menerima maklum balas positif bahawa tindakan berkenaan adalah satu langkah bijak.

“Selari dengan arus kemajuan teknologi, RTM perlu seiring dengan kemajuan teknologi supaya peneraju penyiaran itu terus kekal relevan dan sentiasa menjadi rujukan dan pilihan masyarakat.

“Dengan daya usaha yang tidak sedikit nilainya, siaran televisyen dan radio RTM kini boleh dicapai menerusi Internet dan RTM Mobile selari dengan slogan RTM di mana jua,” katannya pada sambutan ulang tahun RTM ke-69 peringkat negeri Terengganu di Jabatan Penyiaran Terengganu di sini.

Jailani berkata hasil daripada perubahan yang dilaksanakan, RTM kini boleh ditonton, didengar dan dicapai di seluruh dunia sekali gus dapat mendekatkan lagi RTM kepada khalayak selain memasyarakatkan RTM di peringkat nasional dan global.

Mengenai program siaran TV Digital, Jailani berkata ia diharap dapat dilaksanakan tahun ini dan ketika ini, ujian serta percubaan mengenai proses penyiaran TV itu sedang dijalankan.

“Asalnya kita rancang nak lancarkan pada Julai tahun ini. Tapi ada sedikit masalah yang belum dapat diselesaikan, maka ia jadi terlewat sedikit.

“Tetapi saya harap ia dapat beroperasi tahun ini juga atau selewat-lewatnya awal tahun depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: penggunaRTM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

RTM Henti Sementara Siaran Siri Animasi ‘Santiago Of The Seas’

17/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan sementara siaran siri animasi 'Santiago of the Seas' di TV2 susulan aduan penonton...

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

RTM Mohon Maaf Tersilap Sebut Nama Presiden Indonesia

26/10/2025
0

SHAH ALAM - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memohon maaf atas kesilapan pengulasnya yang tersilap menyebut nama Presiden Republik Indonesia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd