Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Tidak Perlu Sekat Umrah,...

KUALA LUMPUR : Tiada keperluan untuk kerajaan menyekat aktiviti umrah susulan majoriti kes...

Budak Elak Tebuan Maut...

TEXAS - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang cuba melarikan diri dan...

Orang Ramai Dipelawa Kongsi...

KUALA LUMPUR - Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menambah baik proses penyediaan bajet...

Singapura Tawar Suntikan Penggalak...

SINGAPURA: Suntikan penggalak akan ditawarkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada...

RMK11: Malaysia Vision Valley Lengkapi Pembangunan Lembah Klang

KUALA LUMPUR – Malaysia Vision Valley yang akan diwujudkan melalui Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), bakal menjadi satu lagi projek pembangunan bersepadu meliputi beberapa kluster strategik bagi melengkapi pembangunan di Lembah Klang, khususnya di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Dalam pembentangan RMK11 di Dewan Rakyat hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia Vision Valley akan dibangunkan di bahagian barat Negeri Sembilan meliputi Nilai, Seremban dan Port Dickson dengan cadangan kawasan seluas 108,000 hektar.

Mengenai pembangunan ekonomi wilayah pula, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata dalam tempoh 2011 hingga 2014, lima koridor iaitu Iskandar Malaysia, Koridor Pembangunan Sabah, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Utara dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak telah diwujudkan.

Kesemua koridor berkenaan berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM307 bilion dengan 57 peratus atau RM175 bilion pelaburan telah direalisasikan.


“Jumlah pelaburan ini telah menjana lebih 427,000 peluang pekerjaan,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

“Sehubungan itu untuk RMK11 ini, kerajaan menyasarkan RM236 bilion pelaburan dan mewujudkan sebanyak 470,000 pekerjaan lagi di kelima-lima koridor wilayah tersebut,” katanya. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori