• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK10: Ekonomi Negara Kekalkan Pertumbuhan Stabil

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), antara 2011-2015, ekonomi negara berjaya mengekalkan pertumbuhan yang stabil walaupun ketika ekonomi dunia mencatat prestasi yang bercampur-campur.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dianggarkan berkembang pada kadar 5.3 peratus setahun dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita pada harga semasa dijangka meningkat 5.8 peratus daripada RM27,819 (AS$8,636) pada 2010 kepada RM36,937 (AS$10,196) pada 2015, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dalam Dokumen Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Dokumen RMK11 yang merupakan hala tuju negara untuk lima tahun akan datang di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut dokumen itu, dalam tempoh 2009-2014, pendapatan bulanan purata isi rumah telah meningkat lebih pantas pada kadar 8.8 peratus setahun.

“Pertumbuhan ini dipacu oleh permintaan dalam negara yang kukuh, terutama melalui peningkatan pelaburan swasta dan kepelbagaian asas ekonomi yang telah mengurangkan kesan persekitaran luar yang mencabar,” kata UPE.

Hasil pertumbuhan ekonomi yang mampan, rakyat mendapat faedah daripada agihan pendapatan yang lebih baik dan pengangguran yang kekal rendah pada kadar 2.9 peratus.

Melangkah ke hadapan, UPE berkata, asas ekonomi akan terus diperkukuh bagi memastikan negara berdaya tahan dalam menghadapi risiko dan ketidaktentuan luar.

“Pengukuhan ini akan dapat dicapai dengan memantapkan permintaan dalam negara, mempelbagaikan asas ekonomi, meningkatkan simpanan dalam negara, mengukuhkan kedudukan fiskal, mengekalkan kadar inflasi yang rendah dan mengukuhkan lagi sistem kewangan,” kata UPE.

Selain itu, katanya, pertumbuhan ekonomi yang stabil juga akan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi perniagaan dan pelaburan jangka panjang. – BERNAMA

 

 

Tags: RMK11
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan Fiskal, Ekonomi Mampan Tumpuan RMK11

01/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memberi tumpuan untuk mengimbangi objektif pengukuhan kedudukan fiskal serta penekanan pertumbuhan ekonomi mampan dalam tempoh...

Akhirnya Laporan RMK11 Dedah Hutang Bukan RM1 Trilion

20/10/2018
0

BONGKAR... Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan terus menjadikan angka hutang negara yang kononnya sebanyak RM1 trilion sebagai propaganda politik fitnah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd