• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Perlis Titah Nama Perlis Tidak Ditambah ‘Indera Kayangan’

oleh Ahmad Albab
26/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menitahkan nama Perlis tidak ditambah ‘Indera Kayangan’ atau ‘Darul’ sebaliknya hanya ‘Perlis’ seperti termaktub dalam undang-undang tubuh negeri.

Baginda bertitah undang-undang tubuh tersebut ditandatangani oleh ayahanda baginda, Almarhum Tuanku Syed Putra Syed Hassan Jamalullail hanya dengan nama Perlis tanpa ada sebarang tambahan.

“Oleh itu saya harap biarlah nama tersebut dikekalkan dengan nama Perlis tanpa ditambah Indera Kayangan yang mempunyai kaitan dengan dewa-dewa atau apa-apa Darul,” titah baginda.

Tuanku Syed Sirajuddin bertitah demikian semasa merasmikan Muzium Kota Kayang dan Jamuan Teh Rakyat bersempena sambutan keputeraan ke-72 baginda di muzium itu di sini hari ini.

Berangkat sama ke majlis itu Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menurut baginda nama Perlis pernah dibincang dalam mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) semasa baginda menjadi Yang Dipertua majlis berkenaan pada tahun 80-an.

“Keputusan mesyuarat itu dipersembahkan kepada ayahanda saya dan baginda juga mahu nama Perlis tidak dibuat sebarang tambahan,” titah Tuanku Syed Sirajuddin.

Mengenai muzium tersebut, baginda berharap ia menjadi tempat tumpuan rakyat khususnya golongan muda untuk menimba ilmu yang mempunyai kaitan dengan sejarah negeri Perlis.

Baginda sukacita dimaklumkan lebih 30,000 orang melawat muzium itu sepanjang tahun lepas melebihi sasaran 25,000 orang manakala jumlah pengunjung sejak dibuka ialah 400,000 orang.

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dalam ucapannya yakin Muzium Kota Kayang akan berfungsi sebagai pusat ilmu sejarah di samping menjadi tumpuan pelancong asing.

Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Wan Jamaluddin Wan Yusof berkata jabatan itu sedia menambah koleksi muzium di samping menceriakan landskapnya bagi meningkatkan daya tarikan pelancong untuk mengunjunginya. – BERNAMA

 

Tags: PerlisRaja Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd