• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Bedah Siasat Mayat Di Wang Kelian Mula 7 Jun

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan akan memulakan proses bedah siasat terhadap rangka manusia yang ditemui di tapak perkuburan di Wang Kelian, Perlis pada 7 Jun ini, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata proses itu adalah bagi menentukan mayat-mayat daripada kawasan penemuan kubur dan kem pemerdagangan manusia di sempadan Malaysia-Thailand itu, dibunuh atau sebaliknya.

Bagi memudahkan proses itu, kementerian menubuhkan dua pasukan iaitu pasukan CSI-DVI (penyiasatan tempat kejadian jenayah-pengecaman mangsa bencana) dan pasukan PM-DVI (post mortem-DVI) yang digerakkan dari seluruh negara sejak Rabu lepas.

“Pasukan CSI-DVI ditempatkan di kawasan penemuan bagi membantu proses pengumpulan spesimen manakala pasukan PM-DVI ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi melakukan proses bedah siasat ke atas mayat,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin mengumumkan penemuan 139 kubur dan 28 kem transit yang ditinggalkan sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian, berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Dr Subramaniam berkata tiga proses bedah siasat akan dilakukan secara serentak bagi mempercepatkan proses mengenal pasti mayat dan semua sampel yang dikutip akan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk ujian DNA.

Proses bedah siasat akan melibatkan beberapa pasukan kecil yang terdiri daripada pasukan perubatan forensik, sains forensik, pergigian forensik, radiologi dan DNA, katanya.

Mengenai pangkalan data DNA, Dr Subramaniam berkata ia akan dilakukan untuk kesemua mayat yang ditemui dan data-data itu akan disimpan oleh pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kita tidak boleh mengambil jalan mudah dalam proses mengenal pasti identiti mangsa. Oleh itu, kita akan mengasingkan DNA bagi setiap mayat yang ditemui untuk menjadi rujukan bagi memudahkan urusan lanjut untuk mengetahui DNA bagi setiap kubur,” katanya.

Sehingga semalam, Dr Subramaniam berkata sebanyak 15 beg mayat telah diterima oleh Hospital Sultanah Bahiyah dan ditempatkan di peti sejuk bilik mayat itu.

Beliau berkata PDRM juga akan menyediakan bekas simpanan dingin, bagi membolehkan lebih banyak mayat disimpan di hospital tersebut untuk tujuan bedah siasat.

Mengenai situasi semasa demam denggi, Dr Subramaniam meminta masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta menjalankan pembersihan persekitaran terutama di kawasan hotspot dan wabak denggi berikutan peningkatan kes demam denggi sebanyak 16 peratus setiap minggu sejak dua minggu lepas.

“Ini disebabkan oleh perubahan serotaip virus denggi pada hujung April yang boleh menyebabkan peningkatan kes dan kematian beberapa bulan selepas ini,” katanya.

Sebanyak 1,944 kes dilaporkan bagi tempoh 17 hingga 23 Mei (minggu ke-20) berbanding hanya 1,675 kes pada minggu sebelumnya, katanya.

Dari Januari hingga 23 Mei ini, jumlah kumulatif kes denggi adalah 45,070 kes iaitu peningkatan sebanyak 35 peratus (11,614 kes) berbanding 33,456 kes untuk tempoh yang sama tahun lepas.

Lokaliti hotspot turut menunjukkan peningkatan dari 65 ke 70 lokaliti di Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Melaka. – BERNAMA

 

Tags: Dr S. SubramaniamRohingya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Gelandangan Maut Dalam Pergaduhan Di Alor Setar

Next Post

1MDB Dapat Bayaran RM3.6b Dari IPIC, Boleh Lunas Hutang

Related Posts

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

Lelaki Rohingya Rogol Gadis 14 Tahun Diarah Ke Sekolah Henry Gurney

03/12/2024
0

SEREMBAN - Seorang lelaki Rohingya bawah umur diperintahkan untuk dihantar ke Sekolah Henry Gurney di Melaka oleh Mahkamah Sesyen di...

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

Pemuda Rohingya Hilang Ketika Cari Kepah Ditemukan Lemas

13/08/2023
0

DUNGUN : Seorang pemuda Rohingya yang dikhuatiri hilang ketika mencari kepah di muara Sungai Paka, di sini, tiga hari lalu...

Next Post

1MDB Dapat Bayaran RM3.6b Dari IPIC, Boleh Lunas Hutang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd