• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Rompin & Permatang Pauh: Kejutan Peringatan Untuk BN

oleh Ahmad Albab
08/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Parlimen Rompin dan Permatang Pauh dilihat sebagai ‘wake-up call’ atau kejutan peringatan kepada Barisan Nasional (BN).

Pemerhati politik berpendapat, kemerosotan undi majoriti BN di PRK Rompin dan kegagalan di Permatang Pauh, memerlukan pendekatan yang lebih efisien untuk BN memenangi hati rakyat.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Prof Madya Mohamad Md Yusoff berkata pucuk pimpinan perlu bekerjasama dan bekerja lebih kuat lagi bagi memperkasakan sokongan rakyat.

“Kita lihat penurunan undi itu begitu ketara di Rompin, majoriti yang diperoleh tidak meyakinkan bahawa kita (BN) sebenarnya berada dalam zon yang selamat.

“PRK tak memungkinkan BN boleh kalah begitu teruk sekali walaupun ada peralihan kepimpinan tetapi ini adalah satu wake up call,” katanya dalam rancangan ‘Ruang Bicara’ yang disiarkan secara langsung di BernamaTV Khamis malam.

Rancangan itu yang bertajuk ‘PRK: YB Pilihan’ dihoskan oleh Dahlan Maamor. Turut menjadi tetamu ialah Timbalan Speaker Parti Gerakan Rakyat Syed Razak Alsagoff bagi membincangkan wakil rakyat yang menjadi pilihan rakyat di sesuatu kawasan itu.

Pada PRK Parlimen Rompin kali ini, BN tewas di lima daripada 38 pusat daerah mengundi selain beberapa saluran peti undi di tanah rancangan Felda Keratong 2, 4 dan 5.

Walaupun kemenangan calon BN Datuk Hasan Arifin pada PRK Rompin sudah diduga banyak pihak, namun jumlah majoriti undi yang berkurangan hampir sekali ganda, itu nyata jauh tersasar daripada harapan pucuk pimpinan BN.

Bagi PRK Parlimen Permatang Pauh pula, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan kerusi kawasan itu dengan majoriti 8,841 undi.

Mohamad berpendapat BN perlu lebih mempelajari ‘digital marketing’ (pemasaran digital) melalui media sosial dengan lebih drastik dan berkesan serta mengambil perhatian terhadap keperluan dan kehendak generasi muda.

“Kita kena lihat macam mana nak gunakan digital media untuk pemasaran politik di mana peranan kita boleh menggandingkan dan mensosialisasi anak muda kita supaya mereka faham dan ikhlas.

“Ini yang dikatakan jihad politik… bukan sahaja jihad ekonomi, jihad politik pun penting,” katanya.

Selain itu, Syed Razak pula berkata masih terdapat banyak isu yang perlu diselesaikan dan diperjelaskan supaya BN menjadi lebih bagus pada masa akan datang.

Beliau berkata kerajaan perlu cepat dalam menangani isu dan persepsi yang diputarbelitkan pihak-pihak tertentu. – BERNAMA

Tags: BNPRK Permatang PauhPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

PPP Diterima Kembali Dalam BN – Zahid

18/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) diterima kembali sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional (BN). Perkara itu diumumkan Pengerusi BN,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd