• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Permatang Pauh Paling Ganas Buat SPR

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh sebagai yang paling ganas dengan banyak insiden provokasi antara penyokong parti-parti politik yang bertanding.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tindakan penyokong yang terlalu beremosi antara penyebab berlakunya perkara tidak diingini.

“Sehingga hari ini, PRK ini yang paling buruk pernah saya alami dengan keganasan penyokongnya dan banyak insiden yang berlaku,” katanya kepada pemberita selepas ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, hari ini.

Beliau berkata para penyokong pada PRK Permatang Pauh sangat agresif berbanding PRK Rompin, hingga menyebabkan ada yang cedera dan harta benda rosak.

Mengenai mereka yang melanggar peraturan berkempen, Abdul Aziz berkata SPR akan menyerahkan perkara itu kepada polis untuk siasatan dan tindakan.

Abdul Aziz berkata semua aduan yang diteriam SPR juga akan diserahkan kepada polis untuk disiasat.

“Polis akan lakukan siasatan dan sekiranya mereka mempunyai bukti kukuh, kes itu akan diserahkan kepada AG (Pejabat Peguam Negara) untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Semasa proses pengundian tengah hari tadi, seorang pemberita dan seorang anggota polis cedera akibat ‘perang’ objek yang dibaling oleh penyokong kedua-dua pihak, selain kereta SPR turut dirosakkan.

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN Suhaimi Sabudin, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Azman Shah Othman (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas). – BERNAMA

https://youtu.be/rJrflpPXmBM

Tags: PRK Permatang PauhSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd