• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Potret Jokowi ‘Dibuang’ Dari Galeri Nasional Australia

oleh
04/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA — Marah susulan hukuman mati dua pengedar dadah warga Australia, sebuah foto wajah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ‘disingkirkan’ dari ruang pameran National Portrait Gallery (NPG) di sini.

Gambar potret tersebut sebenarnya merupakan karya artis Australia sendiri, Adam Ferguson yang dimasukkan ke dalam daftar senarai anugerah berprestij kebangsaan, National Photographic Portrait Prize pada tahun ini.

Pihak pengelola galeri awam tersebut pada awalnya merancang untuk melanjutkan pameran foto itu sehingga Jun depan sempena genap setahun kemenangan Jokowi dipilih sebagai pemimpin tertinggi Indonesia tahun lalu.

Pengarah NPG, Angus Trumble  menyatakan, penarikan foto itu merupakan tindakan sementara malah, Ferguson telah dimaklumkan ekoran kebimbangan potret tersebut kemungkinan besar akan menjadi mangsa vandalisme.

Baca: Potret Jokowi Senyum Nampak Gigi Jadi Rebutan

Galeri itu ujarnya menerima makluman, foto Jokowi bakal dirosakkan seseorang yang ‘marah’ berikutan hukuman mati terhadap Andrew Chan dan Myuran Sukumaran pada 29 April lalu di Pulau Nusakambangan, Jawa Tengah.

“Pada pagi Rabu itu, dalam situasi operasi kami, juga berdasarkan penilaian terbaik saya tentang risiko kerosakan pada karya seni, foto Jokowi perlu ‘digugurkan’ segera dari ruang pameran NPG,” katanya kepada stesen ABC.

“Selain itu, saya dimaklumkan oleh kenyataan Perdana Menteri, Tony Abbott dan pemimpin pembangkang, serta tentu sahaja pihak parlimen Australia dengan penarikan kembali duta besar Canberra di Jakarta,” jelas Trumble.

Ferguson turut menulis status terbaharu menerusi laman Facebook-nya yang menyatakan bahawa dia amat sedih mendengar berita tentang kematian Chan dan Sukumaran, tetapi ‘bingung’ dengan keputusan pihak NPG.

“Hukuman mati itu adalah kuno, dan saya ikut berduka bersama dengan keluarga pesalah. Saya diberi tahu bahawa hari ini foto saya buat sementara ‘dibuang’ kerana respons simpati masyarakat terhadap duo Bali Nine itu.

“Ia sebagai menghormati nyawa pengedar dadah itu dan perasaan keluarga mereka. Namun, saya benar-benar ‘bingung’ apabila lembaga seni terkemuka Australia boleh mengambil tindakan drastik tersebut,” katanya.

Ferguson mengatakan, seni adalah tentang dialog sosial dan politik. “Galeri-galeri terkemuka di seluruh dunia berusaha untuk mempromosikan diskusi dan membuka pintu perbicangan bagi pelawat mereka,” ujarnya.

“Saya fikir bahawa memungkinkan orang untuk melihat foto yang saya hasilkan tersebut akan lebih penting pada saat ini, bahkan ia secara positif boleh membina ingatan kembali kepada nilai sentimental di sebalik keadaannya.”

Foto itu dirakamkan jurugambar profesional tersebut pada September lalu untuk dijadikan muka hadapan majalah mingguan antarabangsa, Time sempena pelantikan Jokowi sebagai presiden baharu pada bulan yang berikutnya.

Trumble mengakui bahawa Ferguson tidak senang dengan tindakan NPG. “Saya menelefon beliau secara peribadi untuk memberitahu rasional keputusan saya dan alasan mengapa saya terpaksa ambil keputusan itu,” katanya.

“Kami berbual mesra, dan saya menghormati pandangannya yang berbeza. Dia mengatakan bahawa dia lebih suka karyanya rosak atau hancur, daripada ‘dibuang’ langsung dari ruang pameran galeri.” – Agensi/A.AMREE

Tags: AustraliaBali NinefotoJokowipotretTony Abbott
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

Australia Minta Bantuan Minyak, ‘Kita Jawab Insya-Allah Kalau Ada Lebihan Kita Bagi’ – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa keutamaan kerajaan ketika ini adalah memastikan keperluan tenaga dalam...

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

Bapa Dan Anak Dalang Serangan Berdarah Di Pantai Bondi – Polis Australia

15/12/2025
0

SYDNEY: Lelaki dan anaknya disahkan Polis Australia sebagai suspek serangan tembakan di Pantai Bondi, Sydney, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 16 nyawa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd