• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Portal Berita ‘Putar-Belit’ Kenyataan Saya Di Rompin

oleh Ahmad Albab
05/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek menyifatkan tindakan sebuah portal berita yang memutar-belit kenyataan beliau semasa berkempen di Rompin baru-baru ini sebagai ‘menangguk di air keruh’.

Katanya portal berita itu juga cuba menjadi batu api di tengah-tengah kehangatan pilihan raya kecil (PRK) Rompin, yang pengundiannya berlangsung hari ini.

“Sekiranya kenyataan saya diambil sepotong atau sekerat-sekerat sudah tentu ia akan menimbulkan satu kenyataan yang kurang senang dibaca.

“Dengan tajuk yang kononnya saya menyatakan bahawa pengundi Rompin boleh terima cukai barang dan perkhidmatan (CBP) saya anggap ia adalah satu ‘spin’ (putar-belit) yang berniat jahat.

“Langsung dalam laporan berita itu tidak menyebut kenyataan saya dalam konteks sepenuhnya iaitu:

*Saya akui bahawa pada awalnya terdapat banyak kekeliruan dalam kalangan rakyat mengenai CBP dari segi pelaksanaan. Malah saya juga akui ada kelemahan daripada pihak kerajaan dalam pelaksanaan khususnya pada permulaan pelaksanaan.

*Kekeliruan ini ditambah lagi dengan persepsi salah yang digembar-gemburkan oleh pihak tertentu.

*Namun kita dapati persepsi rakyat sudah mula teralih kepada tanggungjawab rakyat dalam menggunakan kuasa pengguna untuk memilih barangan serta perniagaan menawarkan harga yang baik.

*Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memandang isu ini dalam pandangan yang lebih positif memandangkan kementerian melancarkan pelbagai inisiatif seperti Pusat Gerakan Anti Pencatutan, aplikasi MyKira dan Ez-Adu serta penerbitan buku panduan harga.

*Kita mendapati pemahaman rakyat tentang GST itu adalah lebih baik dari mula-mula ia dilaksanakan kerana timbulnya kesedaran mengenai isu ini. “Itu yang dimaksudkan penerimaan yang lebih baik.

“Tidak pernah saya menyatakan bahawa PRK Rompin sebagai satu tanda aras atau mandat rakyat untuk terima atau menyokong CBP kerana keputusan undi bukan terletak pada satu isu semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 3 Mei lepas, portal berita berkenaan memetik kenyataan Hasan bahawa beliau percaya pengundi-pengundi di kawasan Parlimen Rompin menerima baik pelaksanaan CBP dan menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) akan memenangi PRK itu.

Hasan berkata sebelum ini, portal berita berkenaan juga memutar-belit kenyataan penuh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menjadi sebuah cerita sensasi yang langsung tidak menggambarkan kenyataan sebenar.

“Mereka (portal berita) ini jugalah dalang yang sama memfitnah Majlis Raja-Raja Melayu dalam isu hudud dengan sesuka hati membuat laporan tanpa sumber atau rujukan sahih,” kata Hasan. – BERNAMA

Tags: Hasan MalekPRK Rompin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1MDB: Wang RM100,000 Daripada Hasan Malek Dilucut Hak

29/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Wang RM100,000 yang dibekukan daripada akaun bank bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berhubung...

Hasan Malek Yakin Mampu Pertahan Kuala Pilah

06/05/2018
0

KUALA PILAH – Datuk Seri Hasan Malek yakin kerusi Parlimen Kuala Pilah mampu dipertahankan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd