• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Amuk, Lepas Tembakan Di Rantau Panjang

oleh Ahmad Albab
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun kerana melepaskan tembakan ke arah orang ramai di sebuah kedai makan di Rantau Panjang malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam itu, suspek yang memandu kereta dipercayai telah melanggar sebuah kereta yang dipakir di kawasan terbabit dan menyebabkan pelanggan kedai berkenaan marah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata orang ramai kemudiannya membaling batu ke arah kereta suspek menyebabkan cermin keretanya pecah lalu suspek keluar dari kenderaannya dan melepaskan beberapa das tembakan menggunakan senjata tiruan ke arah kira-kira 20 pelanggan di kedai berkenaan.

Selepas itu, suspek melarikan diri, katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah-Terima Tugas Jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek ditahan pada 7 pagi tadi di rumah neneknya di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas.

“Suspek menggunakan senjata tiruan dan menggunakan peluru galas bebola, kita juga berjaya rampas kelongsong peluru yang digunakan suspek.

“Suspek mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan dadah dan ketika ditahan suspek positif dadah jenis methamphetamine,” kata Mazlan.

Mazlan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dalam perkembangan lain, Mazlan berkata lima anggota kumpulan yang aktif menjalankan kegiatan samun berkumpulan di beberapa daerah di negeri ini ditahan di Cheras, Selangor pada 7 dan 8 Mei lepas.

Pada majlis itu, ACP Ahmad Taufek Abdullah yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Ketua Staf Siasatan I Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dilantik sebagai KJSJ Kelantan yang baharu menggantikan ACP Lai Yong Heng yang bersara. – BERNAMA

Tags: mengamukpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd