• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pisau Diguna Ustaz Bunuh Janda Ditemui

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan seorang guru agama dalam kes bunuh seorang janda beranak empat di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata, pisau berkenaan yang menjadi bukti kukuh dalam kes itu dijumpai di dalam Sungai Tua, Ulu Yam dekat sini, kira-kira 12.30 tengah hari semalam.

“Operasi pencarian senjata itu disertai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Hulu Selangor dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor selain bantuan Orang Asli,” katanya kepada Bernama di sini.

[BACA: Janda Dibunuh, Guru Agama Ditahan]

Beliau berkata dengan penemuan bahan bukti itu, pihaknya yakin kes tersebut telah selesai.

Dalam kejadian Rabu lepas, Nur Salina Nazir, 34, yang menjalankan perniagaan dalam talian dilapor mati dibunuh teman lelakinya di hadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Baharu.

Mayatnya ditemui dalam kereta miliknya dalam keadaan terlentang di bahagian tempat duduk pemandu serta mempunyai empat kesan tikaman di dada, rusuk kanan dan kiri serta lengan kiri.

Susulan kejadian pukul 9 pagi itu, seorang guru agama berusia 29 tahun di sekolah itu diberkas di rumahnya di Taman Bukit Bujang, Kuala Kubu Baharu dan suspek mengaku telah membunuh mangsa kerana mangsa sering mendesak untuk berkahwin dengannya. – BERNAMA

Tags: kes bunuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd