• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala FA: Azraai Khor Mahu Anak Buah Bangkit

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah mahu anak buahnya bangkit mencatat kemenangan ke atas Pahang pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini, 16 Mei ini.

Beliau berkata kekalahan 0-1 kepada Pahang pada separuh akhir pertama semalam, perlu dilupakan sebaliknya pemain dituntut supaya fokus pada perlawanan kedua di gelanggang sendiri.

“Perjuangan untuk mara ke pentas final masih terbuka walaupun kita tewas kepada mereka (Pahang)…kita tidak boleh berputus asa.

“Apa yang penting, kita perlu kembali fokus dan saya yakin Kelantan pasti bangkit pada pertemuan kedua nanti,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Azraai Khor berkata pemain The Red Warriors (TRW) menampilkan corak permainan yang baik pada babak kedua, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

“Kita ada peluang menjaringkan gol tetapi nasib tidak menyebelahi kita. Saya telah kenal pasti kelemahan dan kita akan perbaikinya menjelang pertemuan kedua,” katanya.

Beliau berkata barisan pertahanan TRW perlu diberi pujian kerana mampu mengekang asakan terutama menerusi dua penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme dan Matias Conti.

“Amirizdwan Taj Tajuddin juga mempamerkan persembahan yang baik meskipun beraksi kali pertama dengan pasukan Kelantan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azraai Khor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dihukum Penjara 15 Tahun Sebabkan Kematian Bayinya Yang Baru Lahir

Azraai Khor Meninggal Dunia

08/02/2024
0

ARENA bola sepak tanah air khususnya penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC dikejutkan dengan berita pemergian legenda jurulatih Hijau Kuning,...

KAFA Belum Terima Surat Rasmi Daripada Azraai Khor

06/07/2015
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) masih belum menerima surat rasmi daripada Mohd Azraai Khor Abdullah berhubung peletakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd