• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC 2015: JDT Juara Kumpulan F

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) melengkapkan aksi terakhir kumpulan F Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan bergaya setelah membenam wakil Singapura, Balestier Khalsa FC 3-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, di sini, malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad ‘Harimau Selatan’ muncul juara kumpulan F dengan kutipan 15 mata daripada enam perlawanan.

Pasukan JDT yang sudah mengesahkan kejayaan lebih awal ke pusingan kedua pada 28 April lepas, terpaksa menunggu pada minit ke-75 untuk membuka tirai jaringan menerusi Mohd Safee Sali hasil tendangan percuma Mohd Nazrin Mohd Nawi.

Skuad kendalian jurulatih dari Argentina, Mario Gomez itu menambah jaringan kedua pada minit ke-85 menerusi perancang tengah, Safiq Rahim yang memanfaatkan hantaran lintang Mahalli Jasuli.

Penyerang import JDT, Luciano Gabriel Figueroa mengesahkan kemenangan skuad ‘Harimau Selatan’ pada minit ke-89 selepas percubaan beliau terkena pemain pertahanan pelawat sebelum menerjah jaring.

JDT dijadual bertemu naib juara kumpulan H pada pusingan kedua di gelanggang mereka pada 27 Mei ini.

Kelab Liga Super Indonesia, Persib Bandung dan Ayeyawady United FC dari Myanmar akan membuat perhitungan di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, esok, bagi menentukan juara dan naib juara kumpulan H.

Dalam pada itu, wakil dari Hong Kong, Kitchee SC berjaya mengiringi JDT ke pusingan kedua kejohanan dengan kutipan 11 mata walaupun seri 2-2 menentang kelab dari India, East Bengal pada satu lagi perlawanan kumpulan F di Stadium Mongkok, Hong Kong. – BERNAMA

Tags: Piala AFC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendidikan Bertaraf Dunia Penting Untuk Daya Saing

Next Post

Gencatan Senjata Kemanusiaan Di Yaman Bermula

Related Posts

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

TFC 1 Intai Peluang Beraksi Di Piala AFC 2018

11/06/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pasukan Terengganu Football Club 1 (TFC 1) kini menyasarkan untuk berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga...

Next Post

Gencatan Senjata Kemanusiaan Di Yaman Bermula

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd