• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 Promosi Produk Pelancongan

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 yang diadakan setiap tahun merupakan antara produk pelancongan Perak yang mampu menarik kedatangan pelancong domestik dan antarabangsa, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Beliau berkata penganjuran pesta berkenaan yang sering mendapat sambutan memberangsangkan, selaras dengan hasrat kerajaan negeri bagi mempromosi dan memperkukuhkan sektor pelancongan di Perak.

“Penganjuran Pesta Laut Pangkor Lumut ini adalah salah satu acara ‘signature’ Perak yang diadakan pada setiap pertengahan tahun dan merupakan program pelancongan berimpak tinggi khusus dalam meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

“Kita sedia maklum industri pelancongan adalah penyumbang kedua terbesar kepada ekonomi negara, jadi kerajaan negeri sangat mengalu-alukan penganjuran acara seperti ini sebagai medium mempromosikan Perak sekali gus meletakkan Perak dalam peta pelancongan dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya selepas merasmikan Pesta Laut Pangkor Lumut di Dataran Putra, di sini, malam tadi.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM) Datuk Zamri Man dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk Rashidi Ibrahim.

Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 itu berlangsung empat hari bermula Khamis merupakan anjuran Majlis Perbandaran Manjung dan Tourism Perak yang diadakan setiap tahun.

Sebanyak 25 program disediakan pada program itu antaranya pertandingan memasak mencari cef, sukan pantai, sukan rakyat, pertandingan karaoke Tourism idol dan demonstrasi ukiran ais.

Pesta berkenaan turut menyediakan 60 gerai jualan serta pameran dari agensi seperti Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim (APMM) dan Tourism Malaysia Perak.

Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 200,000 pengunjung bakal memeriahkan Pesta Laut Pangkor Lumut 2015 yang akan berlangsung sehingga esok. – BERNAMA

Tags: Pelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

Fi Pengecualian Pembaharuan Lesen Pengusaha, Pemandu Pelancong Dilanjut 6 Bulan

29/06/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju melanjutkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen-lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd