• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Tigerair Gagal Kesan KLIA Patah Balik Ke Changi

oleh
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Sebuah pesawat tempatan, Tigerair TR2464 dari Singapura ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di sini, tidak lama selepas baharu berlepas pada lewat Rabu.

Syarikat udara tambang murah berpusat di Singapura itu mengesahkan bahawa insiden disebabkan cuaca buruk dan masalah teknikal pada radar pesawat model Airbus A320-200 yang gagal mengesan lokasi KLIA di Sepang.

Seorang jurucakap Tigerair berkata keputusan untuk berpatah balik dibuat sebagai ‘langkah mengelak nahas’ dan faktor keselamatan tetap menjadi keutamaan syarikat penerbangan kos rendah yang ditubuhkan sejak 2003 itu.

Gambar Wilson Tan / Ihsan Channel NewsAsia

“Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kesejahteraan para penumpang kami,” tambah jurucakap syarikat tersebut ketika dihubungi stesen penyiaran rasmi milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia.

Seorang penumpang TR2464, Wilson Tan berkata pesawat itu hanya berada di udara selama 25 minit selepas berlepas pukul 4.35 petang, apabila juruterbang mengumumkan bahawa pesawat itu berpatah balik ke Changi.

Ujar beliau: “Juruterbang kata kami berpatah balik akibat ‘cuaca buruk keterlaluan”, tetapi seorang kru pesawat beritahu saya radar tidak dapat mengesan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.”

Gambar Wilson Tan / Ihsan Channel NewsAsia

Sejurus selamat mendarat semula di Changi, semua penumpang jelas Tan, diarahkan untuk pergi ke pintu perlepasan yang lain bagi mendapatkan pula penerbangan ganti yang sudah bersiap sedia menunggu mereka.

Tan, yang kemudiannya menaiki TR2464D, mendarat dengan selamat di KLIA pada 8.20 malam tadi tetapi menambah terdapat beberapa penumpang yang enggan menaiki penerbangan gantian itu kerana bimbang.

Beliau berkata: “Bilangan penumpang dalam penerbangan gantian itu pula lebih rendah berbanding jumlah awal padahal laluan Singapura-Kuala Lumpur biasanya amat laris sehingga habis penuh kesemua 180 kerusi.”

Tigerair yang dimiliki Tiger Airways Singapore Pte. Ltd. terbang ke 36 destinasi di rantau Asia tenggara selain Australia, China dan India dengan 26 buah pesawat pelbagai model Airbus. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: ChangiKLIApesawatSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd