• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Singapore Airlines Nyaris Terhempas Di HK

oleh
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak pengurusan Singapore Airlines (SIA) sedang menyiasat bagaimana sebuah pesawatnya, jenis Airbus A330-300 hilang bekalan kuasa untuk sementara waktu di kedua-dua enjin ketika dalam penerbangan.

Menurut stesen milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia, kejadian luar biasa tersebut melibatkan penerbangan SQ836 yang sedang dalam perjalanan dari Changi, Singapura menuju ke Shanghai, China pada 23 Mei lalu.

Memetik dari laman web penjejak pesawat Flightradar 24, ia menyatakan bahawa kapal terbang SIA itu dikesan mengalami masalah teknikal ketika berada pada ketinggian 39,000 kaki (kira-kira 11,887 meter) dari paras laut.

Insiden tersebut berlaku di selatan Hong Kong dan menyebabkan pesawat turun 13,000 kaki (kira-kira 3,962 meter), sebelum kru SQ836 dapat menghidupkan semula dua enjin yang mati secara tiba-tiba itu.

Pesawat SIA berkenaan akhirnya dilaporkan berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong, 30 kilometer ke timur pusat bandar raya Shanghai, kira-kira sejam setengah kemudian.

Kesemua 182 penumpang dan 12 kru berada di dalam kapal terbang itu serta tiada kecederaan semasa insiden berlaku yang nyaris mengakibatkan pesawat terhempas di perairan delta Sungai Pearl dekat Hong Kong.

Menurut Aviation Herald, agensi antarabangsa pemantau nahas pesawat di seluruh dunia, pihak SIA mengesahkan bahawa pesawat SQ836 itu tiba-tiba kehilangan kuasa elektrik selepas mengharungi cuaca buruk.

SIA yang dimiliki Temasek Holdings, sayap pelaburan pemerintah Singapura; pernah mengalami nahas udara pada 31 Oktober 2000 sejurus berlepas di Taiwan yang mengakibatkan 83 maut dan 71 cedera. - Agensi/H.A.AMREE

Tags: AirbusFlightradarkapal terbangpesawatSIASingapore AirlinesSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd