• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM2.3 Bilion Dalam RMK11 Bukti P.Pinang Tidak Dianak Tiri

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyenaraian 10 projek baharu bernilai RM2.3 bilion bagi menaik taraf lebuh raya dan laluan sekitar Pulau Pinang dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) bukti Kerajaan Persekutuan tidak mengenepikan negeri itu, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata projek berkenaan termasuk lima projek naik taraf laluan untuk penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan laluan ke Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM1 bilion.

“Saya terkejut semalam dalam ucapan YB Bagan (Lim Guan Eng) sebut tiada langsung projek kepada Pulau Pinang dalam RMK11.

“Di manakah sikap anak tiri Kerajaan Pusat kepada Pulau Pinang? Belah sana (pembangkang) memang panas bila kita kata kebenaran…saya dah maklumkan (projek) ni…kita tak mahu lagi Bagan dan rakan-rakan mengatakan perkara yang tidak wajar dan mengelirukan rakyat,” katanya merujuk dakwaan Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bahawa kerajaan pusat ‘menganak tirikan’ negeri itu ketika membahaskan RMK11 semalam.

Rosnah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjung) yang bertanya punca kesesakan lalu lintas di laluan menuju Jambatan Pulau Pinang dan sama ada kerajaan bercadang untuk menyelaras bayaran tol di kedua-dua jambatan di negeri itu.

Menafikan kesesakan di laluan itu kerana pengguna mengelak membayar kadar tol yang tinggi di jambatan kedua, Rosnah yang juga anggota Parlimen Papar sebaliknya menyatakan kesesakan adalah disebabkan pertambahan kenderaan dan pembangunan pesat di sekitar koridor berkenaan.

Dalam pada itu Rosnah berkata kerajaan kini sedang mempertimbang laluan alternatif yang baharu untuk mengurangkan impak kesesakan trafik selepas Plaza Tol Juru sehingga ke persimpangan bertingkat Seberang Jaya.

“Kementerian kini sedang dalam proses untuk melantik juruperunding bagi menjalankan kajian kemungkinan untuk membina laluan altenatif di laluan utama koridor utara.

Hasil kajian tersebut kelak akan digunakan oleh kerajaan bagi menentukan cadangan pembinaan jalan baharu sebagai laluan alternatif menghubungkan kawasan-kawasan di koridor utara,” katanya. – BERNAMA

 

Tags: Pulau PinangRMK11
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd