SATU pertembungan mega antara dua bintang tinju handalan dunia iaitu Floyd Mayweather dan Manny Pacquiao berakhir dengan kemenangan menyebelahi Mayweather.
Peninju profesional Amerika itu berjaya menumpaskan bintang Filipina, Pacquiao dengan kemenangan yang diberikan tiga juri, 118-110, 116-112 dan 116-112.
Bagaimanapun dalam satu temu bual selepas itu, Pacquiao berkata, dia yakin telah mengalahkan Mayweather.
Ujarnya selepas tamat 12 pusingan tersebut, “Ia satu pertarungan yang hebat. Saya fikir saya akan menang pertarungan ini. Dia (Floyd Mayweather) tidak melakukan apa-apa. Dia sentiasa mengelak. Saya berjaya beberapa kali.”
Namun demikian, seperti semua sedia maklum, perlawanan yang diadili juri itu tidak menyebelahi Pacquiao apabila kesemua mereka sepakat memberikan kelebihan mata buat Mayweather.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: ALI, AHMAD & ABU
Sedutan Perlawanan Antara Manny Pacquiao & Floyd Mayweather

