• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pertambahan Kos Pengambilalihan Konsesi Air Tidak Dibincang

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Tiada perbincangan dibuat berhubung sebarang pertambahan kos pengambilalihan syarikat konsesi air Selangor dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada Selasa lepas, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata isu berkaitan kos yang dibangkitkan Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) itu juga tidak termasuk dalam keputusan untuk memuktamadkan proses penstrukturan semula industri air di negeri ini.

Jelasnya, ini adalah kerana kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan terikat dengan Perjanjian Induk industri air itu setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk meneruskan pelaksanaannya.

“Mesyuarat kelmarin (Selasa) sangat produktif namun perkara yang dibangkitkan syarikat itu (PNHB) tidak dibincangkan dengan menteri.

“Apa yang kita bincang adalah langkah untuk memuktamadkan perjanjian tersebut dan kita akan cuba lakukannya sebelum Ramadan nanti,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.

Pada 11 Mei lepas, Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan PNHB Tan Sri Rozali Ismail menyatakan pihaknya akan mengemukakan pertambahan kos pengambilalihan syarikat itu kepada kerajaan negeri.

Katanya, tindakan itu adalah berikutan pelbagai kesan yang terpaksa ditanggung setelah berlakunya kelewatan beberapa kali dalam proses memuktamadkan perjanjian tersebut oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

Rozali berkata penangguhan itu juga menyebabkan penambahbaikan operasi penghasilan air terawat dan pengagihan air tidak dapat dilaksanakan malah pihaknya juga kehilangan banyak peluang pelaburan.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata urusan penstrukturan semula industri air Selangor akan diselesaikan dalam tempoh 60 hari dengan menghidupkan kembali Perjanjian Induk tersebut atas persetujuan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=oZB-DeHY9t4

Tags: Azmin Alibekalan air
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Memang Lawak! Ucopppp, Dubsmasher Yang Kian Popular

Next Post

Aidil Buat Laporan Polis Sebab Rita Dedah No Telefon Zarema

Related Posts

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Next Post

Aidil Buat Laporan Polis Sebab Rita Dedah No Telefon Zarema

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd