• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyokong Kelantan Maut Dalam Nahas Di Kuala Krai

oleh Ahmad Albab
25/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Seorang guru tahfiz yang juga penyokong The Red Warriors (TRW) maut dalam nahas yang membabitkan dua buah kereta dan sebuah treler di Km 105, Jalan Kota Baharu-Gua Musang dekat Kuala Krai awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi itu, kereta Perodua Viva yang dipandu mangsa iaitu Afif Asyraf Yahya, 28, yang dalam perjalanan pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur menuju Kota Baharu dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar sebuah treler di laluan bertentangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, DSP Mohd Azlan Abdul Kadir berkata mangsa meninggal di tempat kejadian manakala penumpang kereta berkenaan Amiruddin Nawi, 29, yang juga sepupu mangsa hanya cedera ringan.

“Akibat perlanggaran, treler tersebut terjatuh ke dalam gaung di kiri jalan. Bagaimanapun pemandunya Salmizi Ab Kader, 38, tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sementara sebuah kereta Perodua Alza yang berada di belakang kereta mangsa dipercayai gagal mengelak kereta mangsa lalu melanggar bahagian belakang kereta mangsa.

“Namun pemandunya Nor Azizi Jaaffar, 44, tidak mengalami sebarang kecederaan, katanya.

Mohd Azlan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Mangsa dan sepupunya dalam perjalanan pulang ke Kampung Kubang Kacang di sini.

Seorang lagi sepupu mangsa yang juga kakak Amiruddin, Norhayati Nawi, 34, berkata Afif Asyraf pertama kali ke Stadium Bukit Jalil bagi memberi sokongan buat pasukan Kelantan.

Jenazah dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tiong di sini. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd