KUALA LUMPUR – Seorang lelaki dipercayai penagih dadah dikhuatiri lemas ketika cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa di Batu 13, Kampung Kenanga, Puchong, di sini, Selasa lepas.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata Zainuddin Lias, 44, yang sudah berumahtangga itu dipercayai melarikan diri bersama tiga lagi rakannya ketika dikejar polis dan pihak Agensi Antidadah Kebangsaan.
“Bagimanapun, tiga lagi rakannya berjaya meloloskan diri, operasi pencarian mangsa diutamakan di kawasan perangkap sampah dan sekitar tebing sungai.
“Keadaan air yang deras menyebabkan pasukan penyelamat tidak dapat meneruskan operasi buat masa ini,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya operasi mencari suspek melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya. – BERNAMA
https://www.youtube.com/watch?v=RkC7rFSdznk