• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar UUM Lemas Mandi Kolam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui lemas ketika menyertai satu program di kolam renang universiti tersebut, kelmarin.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku apabila mangsa, Muhammad Amirul Ikhwan Zulkipli, 21, terlepas genggaman tali ketika berada pada kedalaman 4 meter.

Mangsa yang berasal dari Kelantan itu merupakan penuntut di semester empat, Jurusan Pengurusan Pengeluaran dan Operasi.

Saksi kejadian, Kamal Hosny Md Isa, 21, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika dia bersama 30 pelajar lain dari pelbagai jurusan menghadiri Program Santai Sunnah dan Berenang.

“Waktu itu, saya dan Ikhwan berada dalam kawasan cetek. Tiba-tiba saya ternampak dia terjatuh ke hadapan.

“Saya dan rakan-rakan lain cuba mengangkat dia ke atas serta memberi pertolongan cemas,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan UUM tapi disahkan telah meninggal dunia oleh doktor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah mengesahkan kejadian.

“Siasatan awal mendapati mangsa tidak pandai berenang dan terdapat jurulatih renang menyelia kawasan tersebut.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Jitra untuk bedah siasat dan disahkan meninggal dunia akibat lemas,” katanya. – Sinar Harian Online

 

Tags: mati lemaspelajar
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd