• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Tahfiz Cedera Dirotan Ustaz Sampai Berdarah

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIU – Seorang pelajar Tahfiz cedera di bahagian belakang badan selepas dirotan beberapa kali oleh seorang tenaga pengajar dalam kejadian di Penarik, Setiu, Khamis lepas.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu, mangsa berusia 15 tahun itu mengalami kesan lebam dan berdarah pada belakang badan akibat dipukul tenaga pengajar bergelar ustaz tersebut.

Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Ab Rahman Raja Mohamad berkata susulan laporan tersebut, pihaknya telah merakamkan percakapan mangsa dan gambar kecederaan yang dialami mangsa turut dirakam.

“Kita juga telah ke pusat Tahfiz berkenaan untuk mengesan barang kes serta ustaz tersebut dan siasatan lanjut berhubung kes ini sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pelajar berkenaan telah dihantar ke Hospital Setiu untuk menerima rawatan dan kes disiasat dibawah seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Insiden tersebut dipercayai berpunca selepas mangsa telah pergi menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran pusat pengajian mereka dan gagal hadir ke kelas Al-Quran pagi tersebut.

Bagaimapun sebaik mangsa tiba di pusat pengajian tersebut, ustaz terbabit bertindak merotan mangsa di hadapan pelajar yang lain.

Pelajar, yang berasal dari Kampung Tok Jiring itu, baru tiga bulan menuntut ilmu di pusat tahfiz tersebut. – BERNAMA

https://youtu.be/MjxqFvIt4NQ

Tags: rotantahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd