• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Maut Dilanggar Kereta Selepas Ditetak

oleh Ahmad Albab
23/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUBANG JAYA – Seorang pekerja kilang lelaki dipercayai ditetak dengan parang oleh sekumpulan lelaki sebelum maut dilanggar sebuah kereta di Jalan Perdana 3/4, Puchong Perdana, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 30 tahun dipercayai mahu membeli ubat-ubatan di sebuah kedai berhampiran sebelum diserang enam lelaki.

Mangsa yang dipercayai cuba melarikan diri selepas diserang bagaimanapun dilanggar sebuah kereta kira-kira 10 meter dari lokasi dia diserang sebelum mati di tempat kejadian.

Yahaya berkata keenam-enam suspek dan pemandu kereta itu yang meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian kemudian melarikan diri.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan ia dipercayai bermotifkan dendam. Bagaimanapun hubungan antara pemilik kereta dan kumpulan berkenaan belum dapat disahkan.

“Mangsa mempunyai rekod jenayah lampau dan baru dibebaskan dari penjara akhir 2014,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat, katanya. – BERNAMA

 

Tags: ditetakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd