• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Kecam Tindakan Azmin Ali Gelar Ketua Polis ‘Barua’, ‘Bacul’

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENERUSI satu siaran media dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebentar tadi, seluruh warga PDRM terguris dengan kenyataan yang diungkapkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali ketika berucap di Permatang Pauh, baru-baru ini.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dilaporkan telah mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila menggelarnya ‘bacul’ dan ‘pencacai’.

[BACA: Azmin Perlu Letak Jawatan MB Selangor! – Abdul Khalid]

khalid abu bakar

Bukan itu sahaja, menurut media online, Azmin turut merujuk Khalid sebagai ‘barua UMNO’ ataupun dalam erti kata lain, mengikut telunjuk parti itu.

Tertulis dalam siaran media berkenaan, “Tiga laporan polis telah dibuat ekoran ketidakpuasan hati terhadap tindakan YAB Mohamed Azmin Ali menggelar Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bacul dan pencacai. Beberapa media online turut melaporkan bahawa YAB Mohamed Azmin Ali telah menggelar Ketua Polis Negara dengan panggilan ‘barua UMNO’ dalam satu ceramah baru-baru ini.

Sumber laman Facebook PDRM
Sumber laman Facebook PDRM

“Perkataan barua mengikut interpretasi kamus dewan adalah orang perantaraan yang digunakan untuk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat, muncikari, ketolol, dan adalah satu bentuk kata makian.”

Selain itu, PDRM turut menafikan bahawa mereka mencampuri urusan politik negara dan bertindak seadilnya untuk memelihara kesejahteraan dan keharmonian negara.

Sumber laman Facebook PDRM
Sumber laman Facebook PDRM

“Polis tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik. Ini jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat yang diberikan di negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang. Sebagai sebuah institusi kepolisan, tanggungjawab kami adalah untuk menjaga kesejahteraan masyarakat dan keselamatan negara agar tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak yang sanggup menggadai keamanan negara demi kepentingan tersirat.”

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Prestasi Pakatan Rakyat Jadi Manifesto PRK Permatang Pauh

https://www.youtube.com/watch?v=lhXedQkHrGU

Tags: Azmin Alikhalid abu bakarPRK Permatang Pauh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd