• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Orang Dalam’ Disyaki Dalang Kes Culik Di Sandakan

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kes penculikan seorang lelaki dan seorang wanita di Restoran Ocean King di Sandakan tiga hari lalu berkemungkinan besar didalangi ‘orang dalam’, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata disyaki ‘orang dalam’ telah bersekongkol untuk memberikan maklumat mengenai sasaran yang bermutu tinggi dan perkara itu sedang disiasat.

“Polis telah menerima maklumat berkenaan penculikan akan berlaku di Sabah dan salah satu lokasi itu adalah Sandakan.

“Pihak Esscom yang diketuai oleh Datuk (Abdul) Rashid Harun telah membuat Operasi Bersepadu di kawasan Sandakan yang menumpukan kawasan panas dan juga pendatang asing tanpa izin. Malangnya ia berlaku di tempat yang tidak diduga,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khasa Pantai Timur Sabah (Esscom) sedang berusaha untuk mengkaji dan mempertingkatkan lagi kawalan keselamatan supaya kes penculikan sedemikian tidak berlaku lagi.

Jalaluddin turut mengesahkan kedua-dua keluarga mangsa menerima panggilan telefon daripada pihak yang mendakwa sebagai penculik dan meminta wang tebusan yang tinggi nilainya dan tidak boleh diberitahu kepada umum.

Katanya, sehingga kini, keluarga kedua-dua mangsa juga enggan membuat laporan polis meskipun telah dinasihatkan oleh polis supaya berbuat demikian.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya keluarga mangsa diugut berikutan keengganan mereka membuat laporan polis.

Katanya kedua-kedua mangsa culik dilaporkan dalam keadaan selamat dan kini berada di salah sebuah pulau di perairan Filipina.

Pada Khamis, empat lelaki bersenjata menyerbu Restoran Ocean King dan menculik lelaki dan wanita itu dengan disaksikan kira-kira 100 pelanggan termasuk kanak-kanak.

Thien Nyuk Fun, 50, kakak ipar pengurus restoran itu adalah seorang daripada mangsa culik dalam kejadian 7.45 malam itu. Seorang lagi mangsa ialah Bernard Ghen Ted Fen, 39, dari Sarawak yang bekerja sebagai perunding elektrikal di Kemboja. – BERNAMA

Tags: kes culikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd