• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nicol Rangkul Anugerah Perdana TYT Pulau Pinang

oleh Ahmad Albab
18/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David menjulang Anugerah Perdana TYT Pulau Pinang mengulangi pencapaian cemerlang beliau selama tujuh musim sejak 2004.

Nicol yang turut dinobat sebagai Olahragawati negeri 2014 tidak dapat hadir menerima anugerah itu yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas pada majlis Anugerah Sukan di Hotel The Light malam tadi.

Nicol yang baru menamatkan cabaran separuh akhir Terbuka British di Hull, England Sabtu lepas, diwakili bapanya Desmond David.

Penerjun negara Ooi Tze Liang muncul Olahragawan baharu Pulau Pinang berdasarkan kejayaannya melakar sejarah buat negara dengan membawa pulang emas pertama dalam acara terjun lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow tahun lepas.

Atlet berusia 22 tahun itu diwakili bapanya Ooi Hong Cherng, 57, kerana sedang menjalani latihan persediaan di China sempena Sukan SEA bulan depan.

Nicol dan Ooi masing-masing menerima piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM3,000.

Sementara itu, dua atlet muda dari sukan karate Ooi San Hong, 15, dan skuasy Nur Aliah Izzati Muhammad Anis, 15, dianugerahkan Olahragawan dan Olahragawati Harapan 2014.

Ooi meraih pingat gangsa menerusi penampilan sulung beliau dalam Kejohanan Karate Asia ke-14 tahun lepas manakala Nur Aliah Izzati meraih pingat perak dalam Kejohanan Skuasy Junior Asia di Iran.

Mereka berdua membawa pulang piala iringan, piala pusingan, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM2,000.

Skuad Karate Do (Kata) muncul pasukan lelaki terbaik selepas menampilkan aksi membanggakan dengan meraih emas dalam kejohanan South East-Asian Karate (SEAKF) yang ketiga di Vietnam tahun lepas.

Sementara pasukan Skuasy dibarisi Nicol, Loo Wee Wern dan Vanessa Raj menjadi pasukan wanita terbaik menerusi pencapaian mereka dalam menggondol emas semasa Sukan Asia Incheon di Korea Selatan yang lepas.

Pemenang anugerah berkenaan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM2,500. – BERNAMA

Tags: Nicol David
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dr Wan Azizah, Hasan Angkat Sumpah Anggota Parlimen Baharu

Next Post

Video: Gitaris U2 Jatuh Pentas Ketika Konsert Di Kanada

Related Posts

“Satu Penghormatan, Terima Kasih Malaysia” – Nicol

03/02/2021
0

KUALA LUMPUR - "Satu penghormatan, sangat gembira yang tidak terkata. Terima kasih Malaysia, di atas sokongan anda," ungkap Datuk Nicol...

PM Ucap Tahniah Nicol Atlet Terunggul Sepanjang Zaman

02/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David...

Next Post

Video: Gitaris U2 Jatuh Pentas Ketika Konsert Di Kanada

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd