• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 4, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Tawau, Teruskan Lawatan Kerja Sehari Di Sabah

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini petang ini bagi menghadiri beberapa program sempena lawatan kerja sehari di Sabah hari ini.

Pesawat khas membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak; dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, tiba di Lapangan Terbang Tawau kira-kira 3.45 petang.

Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Datuk Abd Muis Picho; ADUN Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali; Ketua-ketua jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin tempatan.

Sejurus tiba, perdana menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah anjuran UMNO Tawau dan UMNO Kalabakan di Padang Bandaran Tawau.

Selepas perhimpunan itu, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) dijadual menghadiri perjumpaan khas bersama pemimpin parti komponen BN di sebuah hotel di sini.

Najib dan Rosmah dijadual pulang ke ibu negara, malam ini.

Terdahulu, Najib menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Pirasan di Kota Belud yang terletak kira-kira 71 kilometer dari pusat bandar Kota Kinabalu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JDT Mahu Lahirkan Pemain Muda Berbakat

Next Post

Piala FA: Azraai Khor Mahu Anak Buah Bangkit

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

Next Post

Piala FA: Azraai Khor Mahu Anak Buah Bangkit

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd