• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tiba Di Sabah Untuk Lawatan Kerja Sehari

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini hari ini bagi melakukan lawatan kerja sehari di Sabah.

Pesawat khas yang membawa Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 10.13 pagi.

Ketibaan perdana menteri dan isteri disambut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, tiga Timbalan Ketua Menteri iaitu Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah, anggota Kabinet negeri, ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan negeri serta pemimpin masyarakat.

Najib dijadual menyempurnakan majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Pirasan di Kota Belud pada 11.30 pagi.

Selepas majlis tersebut, beliau akan ke Tawau untuk menghadiri Perhimpunan Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau.

Perdana Menteri turut dijadual menghadiri perjumpaan khas bersama para pemimpin negeri, sebelum berangkat pulang ke ibu negara malam ini. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd