• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Minta Cari ‘Kepala’ Sindiket Pemerdagangan Manusia

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA PERLIS – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengarahkan pihak berkuasa mencari ‘kepala’ yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia di sempadan negara ini.

Perdana Menteri berkata penemuan kubur dan kem tahanan dipercayai menempatkan rakyat Rohingya mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian di sini baru-baru ini adalah kejadian yang amat menyedihkan.

Beliau berkata sekiranya kegiatan itu ingin dibanteras, tindakan keras perlu diambil terhadap ketua atau kepala sindiket dan bukannya orang bawahan yang menjadi upahan.

“Saya difahamkan bahawa sindiket ini ketuanya bukan rakyat Malaysia…beberapa anggota polis yang kena tahan baru-baru ini kira macam balaci mereka, maknanya yang peringkat bawahan…yang jadi upahan.

“Kalau kita nak banteras human trafficking ini, kita mesti ambil tindakan terhadap kepala-kepala mereka, bukan askar atau balaci mereka…kepala mereka mestilah diambil tindakan keras,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia 2014 di sini hari ini.

Najib berkata Malaysia memerlukan kerjasama kerajaan negara lain untuk memasuki negara jiran bagi mengenal pasti siapa sebenarnya ketua sindiket itu.

Najib berkata Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kegiatan pemerdagangan manusia dan mereka yang terlibat akan diambil tindakan keras.

“Saya nak minta polis untuk buat siasatan yang rapi dan tindakan akan diambil terhadap sesiapa sahaja termasuk pihak kita jika bersubahat dengan sindiket pemerdagangan manusia,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus mengambil tindakan untuk mengenal pasti kubur-kubur berkenaan.

“Sebahagiannya (rangka yang ditemui) telah dikesan dan telah dibawa ke Alor Setar (Kedah) untuk dianalisis oleh forensik,” katanya.

Ditanya mengenai keadaan sempadan Malaysia-Thailand yang tidak berpagar dan memudahkan kegiatan menyeludup manusia, Perdana Menteri berkata walaupun berpagar, sindiket terbabit pasti mencari jalan untuk melintasi pagar itu.

“Bila ada keuntungan yang boleh dikaut, akal mereka panjang…kalau ada pagar pun mereka boleh cari jalan,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun perkara itu termasuk dalam perancangan jangka panjang, tetapi ia melibatkan kos yang tinggi. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razakpemerdagangan manusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penoreh Getah Mengaku Salah Cederakan Warga Emas Guna Parang

Pemerdagangan Manusia: Polis Rekod Keterangan Datuk Seri

03/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Polis telah merakam seorang individu berpangkat Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pembabitan seorang ahli politik...

Chegu Bard Kena 2 Tuduhan Fitnah, Hasut Rosakkan Nama Baik Agong

Suami Isteri Didakwa Perdagang Dua Wanita Warga Asing

29/04/2024
1

SEREMBAN: Suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita warga asing bagi tujuan eksploitasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd