• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Letak Piawaian Baharu, Yakin Santubong Kekal Milik BN

oleh Ahmad Albab
01/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANTUBONG – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Parlimen Santubong akan kekal sebagai kubu kuat kerajaan BN.

Beliau turut meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 90 peratusan kemenangan di kawasan parlimen tersebut pada pilihan raya akan datang, meningkat berbanding prestasi yang ditunjukkan pada pilihan raya lepas.

“Saya berbangga dapat datang hari ini dengan kehadiran yang begitu ramai. Saya dapat kata confirm la Santubong ini kubu kuat kerajaan.

“Saya percaya jangan kita kejar yang kelabu, yang putih pun kena jaga juga. Kita jaga juga yang putih, saya yakin, insya-ALLAH Santubong ini pilihan raya akan datang terus jadi kubu kuat dengan prestasi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam amanat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurir Rahmani, Kampung Santubong, dan seterusnya merasmikan masjid bernilai RM3 juta itu, hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Adun Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Adun Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni.

Parlimen Santubong turut merangkumi kerusi Dun Tanjung Datu yang diwakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Terdahulu, Wan Junaidi dalam ucapannya berkata pada Pilihan Raya Umum ke-13, Parlimen Santubong menyaksikan BN memperoleh peratusan kemenangan sebanyak 86 peratus.

Wan Junaidi turut melahirkan keyakinan peratusan itu bakal bertambah kerana sejak Najib menjadi Perdana Menteri yang paling mengambil berat mengenai Sarawak, beliau sentiasa bermurah hati dan meluluskan peruntukan hampir RM1 bilion untuk program pembangunan serta kemudahan infrastruktur di kawasan parlimen itu. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd