Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

PRK Rantau: Tok Mat...

REMBAU - "Saya tak pernah minta tolong dengan tuan-tuan. Tuan-tuan yang selalu minta...

Lelaki Warga Indonesia Maut...

NILAI – Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dipercayai terkena renjatan elektrik ketika...

Menarik.. PWTC Bakal Dibanjiri...

ADALAH sesuatu yang merugikan jika terlepas peluang untuk menghadiri Festival Wanita Muda yang...

Perodua Masters: Iskandar, Joo...

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Soong Joo Ven...

Najib Berhujan Lepaskan Peserta Larian

PUTRAJAYA – Tanpa mengendahkan hujan yang turun dan tanpa berpayung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan para peserta Larian Pekerja Muda ‘9 to 5’ di sini Sabtu.

Walaupun tidak mengambil bahagian dalam acara itu, beliau yang tiba pada pukul 7.20 pagi tetap lengkap berpakaian sukan baju T berwarna biru, seluar sukan berwarna hitam dan bertopi.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau berkata pekerja yang sihat adalah amat penting untuk meningkatkan produktiviti dan antara faktor penting yang menentukan kesihatan seseorang adalah dengan bersenam.

“Antara punca sihat adalah rajin beriadah, selalu ambil bahagian dalam gaya hidup sihat. Badan yang sihat, minda yang sihat, ini adalah salah satu punca pekerja yang produktif,” katanya.

Seramai 16,800 orang mengambil bahagian dalam acara itu yang dianjurkan bersama Koperasi Profesional Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) dan Persatuan Belia Pekerja Muda (BPM).


Acara itu merupakan inisiatif pegawai dan profesional muda dalam perkhidmatan awam serta swasta sebagai usaha mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan pekerja berumur antara 18 hingga 40 tahun.

Ia turut mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai ‘The Most Number of Unions Participating in a Run’ apabila pekerja daripada lebih 50 kesatuan pekerja dalam perkhidmatan awam dan swasta mengambil bahagian.

Presiden BPM, Dazma Shah Daud berkata pihaknya menyasarkan jumlah peserta adalah seramai 10,000, namun ia mencecah sehingga 16,800 orang.

“Jumlah pendaftaran sangat tinggi daripada sasaran sehingga kita terpaksa menolak banyak permohonan untuk pendaftaran,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori