Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Peti Pos Diraja, Taman...

MERSING - Pos Malaysia Bhd menerima dua pengiktirafan The Malaysia Book of Records...

Kantoi! Mahathir ‘U-Turn’ Jadi...

TERSERLAH... Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan...

Penduduk Malaysia Dianggarkan 32.7...

PUTRAJAYA: Jumlah penduduk Malaysia pada 2022 dianggarkan 32.7 juta orang berbanding 32.6 juta...

‘WA BOSS T’ Antara...

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pekerja kedai kimpalan besi yang menggunakan plat nombor...

Najib Adakan Pertemuan Dengan Hsien Loong

SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pagi ini sempena Pemukiman Ke-6 Pemimpin Malaysia-Singapura di Hotel Shangri-La di sini.

Pertemuan itu bakal disusuli dengan mesyuarat perwakilan untuk membincangkan isu hubungan dua hala dan kepentingan bersama serta melihat kembali perkembangan hubungan dua hala sedia ada termasuk inisiatif yang dipersetujui pada pemukiman tahun lalu di Putrajaya.

Agenda utama pemukiman kali ini ialah bagi meningkatkan perhubungan antara kedua-dua negara berjiran ini terutama berkaitan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Singapura serta Sistem Transit Rapid (RTS) Singapura-Johor Baharu.

Najib kemudiannya turut dijangka bertemu masyarakat Malaysia di republik ini.

Pada sebelah malam, beliau akan menyampaikan ucaptama pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Ekonomi Singapura di Hotel Shangri-La yang akan turut dihadiri Lee.


Najib diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan perwakilan peringkat tinggi termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Datuk Abdul Wahid Omar.

Turut serta Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabry Yaakob.

Perwakilan Singapura termasuk Timbalan Perdana Menteri, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Nasional dan Menteri Dalam Negeri Teo Chee Hean serta menteri-menteri kabinet lain. – BERNAMA

https://youtu.be/SYdiGtaVshQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori