• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nahas Duke: Wanita Pemandu Myvi Kuning Dibebaskan

oleh AK-47
06/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Pemandu wanita kereta Perodua Myvi yang terbabit dalam kemalangan maut yang mengorbankan tiga beranak di Lebuhraya DUKE dibebaskan dengan jaminan polis, semalam.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu ditahan semalam selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur di atas kecederaannya akibat kemalangan itu.

Bagaimanapun, dia dibebaskan pada hari sama selepas dirakam keterangan dan dibuat ujian air kencing, katanya.

Katanya, pihaknya turut menerima laporan polis daripada tiga pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang lain dalam tempoh 24 jam sejak kejadian itu berlaku.

“Keterangan semua pihak sudah dirakam termasuk seorang saksi kejadian dan siasatan akan mengambil kira semua keterangan berkenaan.

“Kami memandang serius kes kemalangan ini dan siasatan dijangka selesai minggu depan,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam kejadian di Kilometer 6.3 Lebuhraya DUKE pada 1.05 pagi semalam, Fairuz Nizam Husain, 35, disahkan terbunuh di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan anak mereka yang berusia tujuh bulan Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber: Harian Metro

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

06/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kertas siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd