• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Myanmar Kuatkuasa Peraturan Hadkan Kelahiran Etnik Rohingya

oleh Ahmad Albab
27/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELURUH dunia menyedari akan kekejaman dilakukan golongan sami Buddha di Myanmar terhadap puak Rohingya hingga sanggup membunuh dan menghalau masyarakat Islam tersebut dari tanahnya sendiri.

Dalam laporan terbaharu, Myanmar telah menguatkuasakan pula undang-undang yang mengehadkan kelahiran di tanah airnya, dipercayai dilaksanakan khusus untuk etnik Rohingya.

Sebuah akhbar milik kerajaan, Alinn, melaporkan, Presiden Myanmar, Thein Sein telah meluluskan undang-undang tersebut untuk dikuatkuasakan pada 19 Mei lalu.

Syed Hamid Albar Dedah Rahsia Rohingya Keluar Myanmar

Rohingya02e

Memetik laporan The Guardian, tindakan tersebut menggambarkan ketakutan pihak pemerintah terhadap populasi masyarakat Islam yang berkembang pantas di sana.

Ini berdasarkan tekanan yang diberikan oleh sesetengah pihak yang risau akan jumlah kelahiran etnik tersebut dan mendakwa mereka bakal menjadi majoriti di tanah Myanmar.

Negara tersebut memiliki 50 juta penduduk dan masyarakat Rohingya merupakan minoriti di sana dengan jumlah tidak melebihi 10 peratus populasi.

Berdasarkan undang-undang yang telah ditandatangani, pihak berkuasa di setiap wilayah boleh menguatkuasakan peraturan perancangan keluarga masing-masing.

rohingya-no

Walaupun ia tidak menetapkan hukuman kepada mana-mana pasangan yang mengingkari arahan, namun ia memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk menjalankan undang-undang itu.

Lantas, aktivis hak asasi manusia berpendapat, undang-undang tersebut bakal membuka jalan kepada pihak terbabit untuk menjatuhkan denda berat buat keluarga Rohingya.

Peraturan baharu ini mengehadkan jangka masa 36 bulan atau kira-kira 3 tahun dari kelahiran terdahulu sebelum seseorang wanita boleh memiliki anak seterusnya.

Ketika ini, isu membabitkan etnik Rohingya mendapat perhatian masyarakat global setelah mereka bertindak melarikan diri ke negara sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Dokumentari Antrabangsa Sami Buddha Rasis Dengan Puak Rohingya Di Myanmar

https://www.youtube.com/watch?v=DdMWN7SR7qE

Tags: MyanmarRohingya
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

Video Penduduk Tempatan Halau Komuniti Rohingya Viral

03/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular sebuah video di media sosial memaparkan sekumpulan penduduk tempatan menghalau komuniti Rohingya di Kampung Pandan, dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd