• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mustapa Bangga Kejayaan Usahawan Felda Keratong 1

oleh Ahmad Albab
03/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUADZAM SHAH – Menteri Pedagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini melahirkan perasaan bangga terhadap usahawan dari Felda Keratong 1 di sini yang berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

Beliau berkata kepelbagaian bidang yang diusahakan oleh usahawan itu seperti pembuatan kek, bengkel motosikal dan pusat dandanan rambut membuktikan bahawa kejayaan dalam bidang keusahawanan boleh dicapai walaupun mereka berada dalam kawasan Felda.

“Kita bersyukur kerana penduduk luar bandar telah nikmati pendapatan yang lebih tinggi, Malah di Felda Keratong 1, ramai yang menjadi usahawan sehingga di sini mempunyai pusat perniagaan.

“Walaupun (pusat perniagaan) kecil, namun mendapat sambutan baik dan sudah pasti sesuatu yang perlu dikembangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Bersama Usahawan dan Masyarakat di Felda Keratong 1 di sini, hari ini.

Beliau turut meluangkan masa melawat beberapa kedai yang diusahakan penduduk Felda Keratong 1 yang tetap membuka perniagaan walaupun pada hari minggu.

Mustapa berkata kementerian itu sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang mahu memajukan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.

“Walaupun kita tidak mempunyai satu pejabat fizikal di Parlimen Rompin, namun segala urusan kini boleh dilakukan secara dalam talian dan panggilan telefon,” katanya.

Beliau juga berkata bidang keusahawaan sentiasa dekat di hatinya kerana beliau merupakan Menteri Usahawan pertama semasa portfolio itu diwujudkan pada tahun 1995.

“Saya menjawat jawatan itu sehingga tahun 1999 dan pada tahun 1997, saya memperkenalkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mustapa Mohamedusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd